Peranti Android tidak beberapa lama selepas ini kemungkinan besar akan menyokong akses pengguna berbilang di dalam satu peranti kelak berikutan langkah Google yang dalam proses mempatenkan teknologi pengesanan wajah bagi tujuan itu. Sebelum ini, ciri pengesanan wajah untuk akses ke peranti Android memang sedia terdapat pada versi Android 4.0 namun ianya hanya berkebolehan untuk mengesan satu wajah sahaja.
Melalui teknologi ini, dikatakan ianya berfungsi dengan mengesan wajah yang telah disetkan terlebih dahulu untuk akses kepada akaun orang yang berkenaan. Anda boleh bayangkan ianya adalah sama seperti anda akses komputer anda dengan pengguna yang ramai dalam satu isi rumah. Bezanya teknologi Google ini menggunakan wajah sebagai medium untuk mengakses akaun anda. Fungsi ini sangat berguna terutamanya jika ianya diadaptasikan kepada tablet Android berikutan sekarang ini lebih ramai pengguna terutamanya di dalam satu isi rumah berkongsi satu tablet.
Walaubagaimanapun didalam dokumen pendaftaran paten ini tidak dijelaskan ianya adalah pasti untuk sistem operasi Android. Jadi mungkin juga ianya direka untuk Google Chrome mungkin?. Apakah pendapat anda?. Sila tinggalkan komen diruangan di bawah.
Sumber : Android Authority









