Semua sedia tahu mengenai berita sebelum ini yang menyatakan Mark Zuckerberg iaitu pengasas Facebook telah menyarankan pekerja syarikatnya menggunakan telefon Android untuk melihat bagaimana aplikasi Facebook mereka beroperasi pada peranti itu. Baru-baru ini Mark Zuckerberg menyatakan sedikit kekesalan apabila sebelum ini mereka telah membuat pertaruhan dengan membina semula aplikasi Facebook dengan asas baru HTML5. Beliau berkata demikian sewaktu forumbual bicara yang dianjurkan oleh Tech Crunch.
Melalui forum itu juga beliau mengumumkan aplikasi Facebook untuk Android yang baru dan yang asal akan di bina semula dan ianya akan sedia untuk digunakan tidak lama lagi tanpa memberitahu tarikh sebenar ianya bersedia. Aplikasi itu akan dibina semula tidak berasaskan HTML5 iaitu asas yang digunakan bagi aplikasi Facebook yang sedia ada di I phone ketika ini.
Apa pendapat anda tentang perkembangan ini?. Di harap aplikasi baru Facebook untuk Android nanti dapat mengurangkan segala kekurangan yang ada ketika ini.
Sumber : The Verge, Tech crunch










