Jelly Bean Pada SGS 3, Apa Yang Anda Bakal Lihat.


Samsung telah memulakan pelepasan kemaskini terbaru mereka iaitu versi Jelly Bean kepada model teratas mereka buat ketika ini iaitu Samsung Galaxy S 3. Kemaskini sudah dilepaskan kepada pengguna-pengguna model berkenaan di Poland beberapa hari yang lepas secara berperingkat dan tidak diumumkan bilakah ianya akan tersebar ke negara-negara lain pula termasuk Malaysia. Kemungkinan besar kami menjangkakan pada bulan Oktober ini untuk pengguna Malaysia.

Ramai pengguna-pengguna telefon android dari Samsung ini tidak sabar-sabar menunggu kemunculan kemaskini ini pada telefon mereka. Malah ada juga pengguna model lain yang ingin melihat apakah yang dilakukan Samsung di dalam peningkatan versi ini. Untuk mendapatkan informasi ini sila baca laporan kami mengenai kemaskini Jelly Bean untuk Samsung Galaxy S 3 ini sehingga habis.

Selain peningkatan/perubahan (tweaks) yang dilakukan untuk meningkatkan cara pemprosesan ataupun kelajuan yang dilakukan oleh Google (Android) yang diberi nama Project Butter, Samsung turut memasukkan ciri-ciri rekaan mereka didalam kemaskini terbaru untuk model telefon ini. Berikut saya sertakan beberapa pembaharuan yang dapat saya kesan melalui kemaskini terbaru Jelly bean versi Poland yang telah saya uji dalam beberapa hari.

Google Now

Google Now adalah satu ciri dari google yang akan membantu anda mendapat informasi terus dari Google secara langsung. Apa yang membezakan ciri ini dengan laman pencarian Google adalah anda boleh mencari maklumat hanya dengan arahan suara. Ianya adalah lebih kurang sama dengan S Voice dari samsung tetapi kali ini ianya dengan antaramuka yang lebih menarik. Ianya menyimpan data carian anda samada semasa anda menggunakan laman web ataupun sewaktu anda menggunakan Google Map dan seterusnya ianya akan dipaparkan pada Google Now ini diwaktu lain anda membukanya. Selain itu ianya akan memaparkan keadaan trafik dari rumah anda ke tempat kerja ataupun sebaliknya. Anda boleh ke Google Now apabila di Home dengan cara tekan butang menu dan tunggu sehingga ianya muncul ataupun melalui lambang mikrofon pada widget search. Google now akan memaparkan maklumat cuaca, maklumat saham, keadaan trafik dan lain-lain informasi yang anda boleh setkan mengikut pilihan anda. Informasi-informasi ini dipanggil card. Anda boleh memilih card mana yang perlu ditunjukkan sewaktu Google Now bermula.

Pemain Video – Pop Up Play dengan kebolehan ubah saiz.

Tetingkap Pop Up pemain video rasmi kini boleh di ubah-ubah saiznya mengikut kesukaan anda. Anda hanya perlu gunakan dua jari anda dan seterusnya hanya swipe pada video berkenaan. Seterusnya anda boleh terus melakukan kerja lain di telefon anda tanpa ada keadaan tersekat-sekat (lag).

Prebiu Notifikasi

Kawasan notifikasi kini lebih menarik. Notifikasi yang anda terima kini disertakan dengan prebiu. Jika notifikasi datangnya dari emel, akan terlihat sedikit isi emel berkenaan. Jika anda terima mesej ataupun pesanan dari aplikasi Whatsapp, akan kelihatan gambar pengguna yang menghantar pesanan atau mesej berkenaan. Di ruang notifikasi juga terdapat paparan card Google Now yang di kemaskini dari masa ke semasa. Malah jika anda merakam gambar skrin, prebiunya juga akan diperlihatkan.

Home Screen Mode

Samsung juga telah memperkenalkan Home Screen Mode di dalam kemaskini terbaru ini yang merupakan profile untuk telefon anda. Anda boleh memilih untuk profile Basic, iaitu profile biasa ataupun profile Easy yang dimana ianya lebih ringkas dengan perubahan pada widget di Home screen dimana ianya lebih besar. Dikatakan profile ini diwujudkan untuk memudahkan kepada pengguna yang baru sahaja menggunakan telefon Android.

Lain – lain Perubahan

Mungkin kami tidak dapat mengesan keseluruhan perubahan yang dilakukan, namun berikut merupakan beberapa perubahan yang dpat kami kesan setakat ini.

1. Menu ‘Help’ pada application drawer
2. Pengawalan kecerahan skrin telefon kini dapat disetkan berapa maksimum kecerahan.
3. Pop Up untuk memilih ‘default app’ yang baru.
4. Unlock peranti dengan pengesahan wajah kini dengan tambahan sekuriti pengesan kelipan mata.

Kemaskini : Rakaman Video Dengan Kebolehan Untuk Pause

Terima kasih Syah yang bertanya soalan mengenai kebolehan untuk pause pada rakaman video. Saya sudah memeriksa dan didapati ianya benar terdapat fungsi berkenaan. Berikut merupakan snapshot skrin yang menunjukkan butang pause berkenaan berada di tempat butang rekod sebelum ini dan kelihatan tambahan butang berhenti pada bawahnya.
image

Kesimpulan yang didapati dari kemaskini ini saya rasakan ianya mempertingkatkan lagi prestasi Samsung Galaxy S 3, tiada lagging yang dapat dikesan kecuali sewaktu pertukaran dari tab app ke widget pada app drawer yang saya rasakan adalah normal. Namun keputusan daripada Quadrant Benchmark adalah biasa-biasa saja cuma sedikit peningkatan dari versi sebelumnya. Lain-lain perubahan saya sangat berpuas hati. Jadi, sila tunggu kemaskini rasmi anda tiba untuk pengguna Malaysia dan rasakan sendiri perubahannya. Mana tahu mungkin ada perubahan yang dilakukan untuk pengguna Malaysia.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

5 Comments on "Jelly Bean Pada SGS 3, Apa Yang Anda Bakal Lihat."

  1. azriMy says:

    mantap… semakin sayang dengan Samsung Galaxy S3

  2. syah says:

    betul ke jelly bean video recording boleh pause>?

    • Jaslehaidy says:

      Tq kerana bertanya syah..ye betul..sekarang rakaman video boleh ‘pause’ saya akan update artikel ini..tq kerana bgtau..saya pun xperasan :)

  3. apis says:

    salam.. keypad s3 memang bila kita taip message kena tekan spacebar 2x ke? nubis here..

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!