Google yang diwakili David Lawee iaitu timbalan presiden Google Corporate Developement mengulas mengenai kekalahan Samsung kepada I Phone sebelum ini yang merugikan syarikat itu sehingga USD 1.05 Bilion. Menurut beliau lagi, Google tidak giat mempatenkan hak cipta banyak rekaan mereka kerana merasakan ianya adalah tidak perlu termasuklah contohnya seperti ‘lengkokan penjuru’ yang di dakwa I Phone terhadap Samsung. Tetapi mereka menyedari tanggapan mereka salah apabila I Phone telah membuktikan ianya boleh di patenkan.
Sebelum ini Google tidak menumpukan terhadap paten kerana Google tidak menetapkan pelaburan terhadap paten dan menganggap benda-benda yang di dakwa oleh I Phone itu adalah sesuatu yang global. Nampaknya dengan tindakan I Phone ini menyebabkan mereka berfikir dua kali malah tidak terhad kepada Google dan Samsung sahaja, malah semua syarikat seluruh dunia kini akan turut menerima tempiasnya dan mungkin selepas ini akan bertambahnya paten-paten baru didaftarkan oleh semua orang yang mungkin patennya tidak pernah terfikir oleh anda untuk dihak ciptakan. Oleh itu, David Lawee menyatakan jika ini adalah wake up call untuk mereka serius terhadap perkara ini, Google akan turut lebih agresif juga.
Sumber : Android Spin











