Komputer Peribadi Android Motorola CLOUDBB (HMC3260) Dilancarkan Di China.

 

Motorola China telah melancarkan model komputer peribadi yang dikuasakan oleh Android pada 12 september yang lepas di Beijing untuk pasaran negara itu. Komputer itu dilengkapi dengan skrin LED bersaiz 18.5 inci dengan pemproses mereka iaitu Freescale i.MX53 ARM Cortex A8 1GHz dengan RAM 1GB dan NAND memori 4GB. Komputer ini dikenali sebagai cloud computer dimana ianya direka untuk memberikan capaian hiburan maya dan TV secara dalam talian. Ianya menyokong pelayar internet, TV digital berdefinisi tinggi, menonton video dan permainan video.

Berikut merupakan sedikit spesifikasi dari Motorola China.

  • Freescale i.MX53 ARM Cortex A8 1GHz
  • Memori: 1GB DDR RAM, 4GB NAND.
  • 18.5-inci skrin LED (1366×768 @ 60Hz, 16:9 widescreen)
  • Android 2.3.4
  • Klien TV dan video/ Kebolehan untuk berintegrasi dengan pelbagai peralatan
  • EuroDOCSIS, LAN (PPPoE / DHCP +, etc.)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!