LG telah mengeluarkan beberapa video di laman YouTube nya mengenai model terbaru LG Optimus G, sebuah telefon Android berkuasa terbaru dari mereka.
LG Optimus G dikuasakan oleh pemproses terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon S4 Pro APQ8064 dengan kelajuan 1.5GHz dengan RAM 2GB dan kuasa pemprosesan video (GPU) dari Adreno 320. Ia juga mempunyai kapasiti bateri 2100mAh dan memori dalaman 32GB. Resolusi kamera pula agak besar apabila ianya mempunyai maksimum resolusi 13 Megapiksel. Saiz skrin pula adalah sama dengan HTC One X iaitu 4.7 inci. Ianya menggunakan skrin True HD IPS dengan G2 Touch Hybrid Display, pertama seumpamanya di dunia yang berjaya mengurangkan ketebalan skrin sehingga 30% dari skrin yang sebelumnya. Menurut LG lagi, telefon mereka ini menggunakan pemproses Snapdragon S4 Pro dengan Adreno 320 yang mampu memberikan prestasi pemprosesan melebihi 40% daripada pesaingnya disamping 3 kali ganda prestasi grafik dan kuasa penjimatan bateri yang optimum. Dikatakan juga skrin LG mempunyai paparan yang cerah sebanyak 1.6 kali ganda melebihi skrin jenis AMOLED dan mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 70%. Mereka juga memperkenalkan bateri dengan teknologi terbaru dari mereka yang dikatakan mampu bertahan dengan lebih lama.
Berikut merupakan video-video dari laman YouTube LG.










