Motorola Umum RAZR i, Android Dikuasakan Pemproses INTEL 2GHz.

Motorola semalam mengumumkan telefon terbaru mereka yamg merupakan dari keluarga RAZR iaitu RAZR i. Telefon yang dilancarkan di London, United Kingdom ini merupakan telefon pertama Motorola dengan kerjasama INTEL apabila mereka menggunakan pemproses INTEL yang berkelajuan 2GHz.

Antara spesifikasi yang menarik pada telefon ini adalah ianya menggunakan skrin AMOLED bersaiz 4.3 inci 960×540 piksel (256ppi), kapasiti bateri 2000mAh dan turut mengekalkan rekaan bahagian belakang yang menggunakan bahan kevlar. Memori RAM pula hanya 1GB dan memori dalaman 8GB. Kamera pula dengan resolusi maksimum 8 Megapiksel dengan Full HD dengan kamera hadapan VGA dan telefon ini mempunyai butang dedikasi kamera untuk akses kepada aplikasi berkenaan dengan pantas. Seperti biasa INTEL menjelaskan telefon ini mengoptimakan pengalaman pelayaran internet terutama sekali pemprosesan aktiviti berkaitan JAVA yang seperti diketahui merupakan kelebihan pemproses jenis INTEL. Telefon ini dikatakan akan dipasarkan buat permulaan di UK, Perancis, Jerman dan Brazil. Tiada berita samada ianya akan dipasarkan di Asia mahupun Amerika Syarikat atau tidak.

Sumber : Engadget

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!