Nexus 7 akan datang ke Malaysia dalam penghujung bulan ini, tunggu pengumuman dari kami dalam masa terdekat.
Itu merupakan kenyataan dari ASUS Malaysia apabila kami menyoal mereka berkenaan tablet Nexus dari Google berkenaan yang sebelum ini telah mula di pasarkan di Amerika Syarikat.
Nexus 7 merupakan tablet Google yang paling terbaru dalam keluarga Nexus yang dijual di Amerika Syarikat dengan harga USD199 untuk versi 8GB dan USD249 untuk versi 16GB. Google kali ini memilih ASUS sebagai pengeluar tablet Nexus mereka selepas memilih Motorola sebelum ini yang mengeluarkan tablet Nexus dengan nama model XOOM.
Sebelum ini di dalam katalog ASUS Product Guide Malaysia untuk bulan September dan Oktober, telah dipaparkan artikel mengenai tablet berkenaan pada mukasurat 30 yang menunjukkan status tablet berkenaan sebagai ‘akan datang’ tanpa ada tarikh rasmi kehadirannya.
Jika tablet Nexus ini memasuki pasaran Malaysia, adakah anda berminat untuk mendapatkannya?. Sila tinggalkan jawapan anda di ruangan komen di bawah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tablet ini, sila nantikan ulasan penuh kami mengenai tablet ini pada hujung minggu ini.











salam admin.nk tanya,kalo tablet ni sampai kat malaysia berapakah harganya?
Tunggu minggu depan hari jumaat baru lancar secara rasmi untuk Malaysia. Kami akan umum di blog dan Facebook
ok..terima kasih atas maklum balas..sebnrnya sy dalam dilema…kalo order on9 nexus 7 daru US ni skrg harganya 799..saya takut kalo beli skrg harga yg nk masuk malaysia nnti lagi murah dari yg boleh order on9 skrg..pastu kalo tak beli,last2 harga yg nk masuk m’sia nnti lagi mahal dari yg duk jual kat on9 skrg ni..huhu