
Kita terdengar khabar angin kebelakangan ini dikatakan HTC sedang dalam proses mengeluarkan sebuah phablet dengan saiz skrin 5 inci yang dikatakan akan dikenali dengan nama DROID Incredible X ataupun One X 5. Namun ketika ini dalam masa yang sama pula timbul berita yang mengatakan Google akan mengeluarkan peranti Nexus terbaru menggantikan Galaxy Nexus yang ketika ini sudah hampir setahun berada dipasaran. Menurut sumber, dikatakan boleh jadi khabar angin yang tersebar iaitu peranti HTC yang sibuk diperkatakan itu adalah peranti Nexus berkenaan.
Dikatakan peranti Nexus baru itu yang dikenali dengan nama Nexus 5 akan mempunyai saiz skrin 5 inci dan dikemaskini dengan hanya sedikit peningkatan versi kepada versi Jelly Bean 4.1.2 yang merupakan peningkatan kepada projek Butter, selain peningkatan ciri pada penggunaan lockscreen dan beberapa tweaks dan nyah bug. Dari segi perkakasan pula ianya dilengkapi dengan pemproses Snapdragon S4 Pro, dengan skrin beresolusi tinggi 1080p, kamera utama 12 Megapiksel dan kamera pendua 2 Megapiksel. Dengan kapasiti bateri 2500mAh dan kapasiti memori dalaman 64GB pasti akan membuatkan anda teruja.
Jika berita ini adalah benar, Nampaknya Google telah menukar strategi mereka dengan menawarkan pelbagai peranti Nexus dari pelbagai pengeluar di dalam satu tahun.
Sumber : GSM Arena










Kalau benar lah ini, confirm aku beli