Pengasas Bersama Apple, Steve Wozniak Berkata Beliau Benci Dengan Perang Paten

Kemenangan Apple di mahkamah bulan lepas, dimana Samsung terpaksa membayar sebanyak $1.05 Billion kepada Apple telah mendapat sorakan penuh oleh peminat mereka, tetapi bukan dari Steve Wozniak, pengasas bersama Apple. Dalam temubual bersama Bloomberg, Steve menegaskan bahawa beliau tidak suka dengan perang paten tersebut.

“I hate it,” Wozniak told Bloomberg. “I don’t think the decision of California will hold. And I don’t agree with it — very small things I don’t really call that innovative. I wish everybody would just agree to exchange all the patents and everybody can build the best forms they want to use everybody’s technologies.”

Wozniak sentiasa mempunyai keutamaan untuk menghadiahkan harta intelek dan membiarkan orang lain melakukan apa yang mereka kehendaki dengannya. Apabila Steve Wozniak dan Steve Jobs membina komputer awal Apple, Wozniak mahu memberikan paten rekabentuk tersebut secara percuma, manakala Steve Jobs nampak peluang untuk menjualnya.

Apapun, Wozniak dilaporkan tidak sabar untuk membeli iPhone 5 apabila ianya mula buka dijual nanti.

Sumber foto: Flickr

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!