Permainan Bad Piggies Akan Muncul Untuk Platform Android 27 September Ini

Rovio hari ini memperlihatkan kita sebuah trailer untuk permainan terbaru mereka yang akan muncul untuk platform iOS dan Android pada 27 September nanti yang diberi nama – Bad Piggies.

Bad Piggies adalah permainan yang lebih memfokuskan kepada watak khinzir hijau mereka yang selalu tampil sebagai karakter jahat dalam Angry Birds. Permainan ini mungkin akan muncul dalam platform bentuk fizik, dan daripada cuba untuk hanya menjatuhkan menara, pemain kini boleh membina pelbagai kenderaan untuk membantu karakter tersebut mengemudi banyak tahap yang penuh dengan halangan.

Apakah pendapat anda mengenai permainan ini? Mungkinkah ia akan menjadi tajuk permainan yang berjaya seperti Angry Birds?

Sumber: Yahoo Games

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!