I phone 5 telah dilancarkan malam tadi. Walaupun ianya merupakan I Phone terbaru dari Apple yang akan dipasarkan tetapi melalui pengenalan ciri-ciri terbarunya malam tadi, boleh kami di MalayAndroid membuat kesimpulan kita di dunia Android beranggapan tiada yang menariknya pada telefon terbaru Apple itu. Tiada faktor WOW! pun yang berjaya menarik kita ke telefon berkenaan kerana peranti Android yang berbilang dikatakan lebih kehadapan darinya. Walauapapun tahniah Apple kerana pelancaran model telefon baru anda.
Tamat sudah mengenai pelancaran telefon berkenaan. Sekarang pula dikatakan Samsung dan HTC sedang bersedia untuk menyaman dan tidak membenarkan pasaran I Phone 5 terbaru mereka di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah kerana Apple telah melanggar paten penggunaan piawai asas radio LTE yang terdiri dari beratus paten yang sesetengahnya adalah milik Samsung dan HTC. HTC dikatakan telah pun memenangi kes berkenaan di mahkamah manakala Samsung baru hendak memfailkannya. Oleh kerana HTC telah memenangi kes tersebut yang difailkan sebelum ini, dikatakan kemungkinan besar kes Samsung juga akan berpihak kepada mereka.
Sebelum ini dalam saman melanggar paten, Samsung telah kalah pada Apple di Amerika Syarikat dan memenangi dua kes yang sama iaitu di Korea dan Jepun. HTC juga pernah turut di saman Apple. Nampaknya kali ini Apple perlu bersedia di saman kembali. Apakah pandangan anda tentang perkembangan ini?. Sila tinggalkan komen anda di bawah.
Sumber : KoreaTimes











saman menyaman je kerja apple ni, apple iphone 5 tu apa jadi nnti
Aku rasa pihak apple dah tahu pasal LTE yg ada pd htc n samsung, saje dye nak cabar kewibaan pesaing dgn harapan boleh menang kes, kalo aku jd ceo saman double kt apple… Shitt to ios product!!