Samsung Galaxy Note 10.1 Di Malaysia Minggu Depan.

image

Kami telah menerima jemputan media dari Samsung Malaysia bagi pelancaran tablet terbaru Samsung iaitu Samsung Galaxy Note 10.1 pada 5 haribulan ini. Acara yang bakal dilangsungkan di Kuala Lumpur itu walaubagaimanapun tidak akan turut melancarkan phablet Samsung Galaxy Note 2 yang baru dumumkan di IFA , Jerman pada kelmarin.

Tablet Samsung Galaxy Note 10.1 merupakan dalam keluarga yang sama dengan phablet galaxy note/note 2 tetapi dengan saiz yang diperbesarkan dan ditambah dengan penggunaan S Pen dan beberapa fungsi dan ciri baru direka khas untuk mengoptimumkan penggunaan paparan yang besar disamping S Pen tersebut. Teruskan bersama blog kami untuk perkembangan mengenai perkara ini minggu hadapan.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!