Samsung Galaxy Note 10.1 Dilancar Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, HRD RM2199.


Pagi tadi telah berlangsung acara pelancaran tablet terbaru dari Samsung yang dilengkapi dengan keupayaan sepenuhnya penggunaan pen dan kertas iaitu Samsung Galaxy Note 10.1 bagi pasaran Malaysia. Acara itu yang berlangsung di KLPAC (Kuala Lumpur Performing Arts Centre) selain memperkenalkan model berkenaan, Samsung turut memperkenalkan fungsi baru yang turut ditawarkan kepada pengguna bermula pada tablet terbaru mereka ini iaitu Learning Hub.

Menurut Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd iaitu Encik Kwon Jae Hoon,

Cara hidup yang pantas pada hari ini mengharapkan kecekapan dan kepintaran pada seseorang bagi mengimbangi keperluan pelbagai pihak sepenuhnya. Sebab itu Galaxy Note 10.1 direka bagi memenuhi keperluan ini. Menawarkan satu pengalaman mudah alih yang dipertingkatkan bagi memberikan pengguna peluang menghasilkan kandungan bersifat keperibadian dan ekspresif.

Tablet ini dijual dengan harga runcit disyorkan RM2199. Ianya turut akan ditawarkan oleh kesemua syarikat telekomunikasi utama iaitu Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile.

Tablet ini didatangkan dengan ciri-ciri dan fungsi seperti sokongan S Note dengan S Pen dan aplikasi Adobe Photoshop Touch yang tersedia dari kilang malah ciri baru sokongan multiscreen.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!