Samsung Galaxy S 3 & LG Optimus G, Peranti Pertama Di Iktiraf Teknologi Miracast Wireless.


Wi-Fi Alliance baru saja melancarkan program pengiktirafan satu lagi teknologi baru pemancaran tanpa wayar yang dikenali sebagai Miracast Wireless. Samsung Galaxy s 3 dan LG Optimus G merupakan peranti pertama yang menerima pengiktirafan berkenaan.

Melalui teknologi berkenaan, anda akan dapat memaparkan dan berkongsi video dan sebagainya kepada peranti lain secara tanpa wayar yang menyokong teknologi ini dengan syarat peranti lain berkenaan bersambung di dalam satu rangkaian tanpa wayar (Wi-Fi) anda. Ianya umpama ciri All Share yang sedia ada pada peranti Samsung namun ianya diperkembangkan lagi dengan menyokong pelbagai peranti tidak mengira pengeluar atau jenama. Dikatakan teknologi ini berpotensi akan di masukkan kepada kebanyakan peranti Android sedia ada jika peranti Android berkenaan telah diiktiraf, namun  pengeluar perlu memberikan kemaskini kepada perisian peranti berkenaan selepas itu.

Antara TV yang siap sedia menyokong teknologi baru ini adalah TV dari Samsung iaitu siri Samsung Echo-P. Namun kebanyakan HDTV sedia ada di pasaran turut akan boleh menggunakan teknologi ini apabila dikatakan akan terdapat dongle yang boleh disambungkan kepada port HDMI TV berkenaan yang akan dijual di pasaran tidak lama lagi.

 

Sumber: AndroidAndMe

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!