
Samsung kini sedang bekerja keras untuk persediaan generasi peranti mudah-alih baru mereka akan datang, dan cip terbaru mereka menjanjikan pemprosesan data yang lebih cepat untuk setiap keluaran baru peranti mereka nanti.
Syarikat itu baru sahaja menghasilkan cip memori 2GB baru LPDDR3. Cip ini jenis 30 nanometer kelas teknologi, merupakan yang pertama dalam jenis mereka. Apa yang membuatkan cip ini begitu istimewa adalah ia boleh menghantar data pada 1600Mbps setiap pin sesaat. Ini adalah peningkatan besar dari cip terdahulu yang biasanya mencatatkan pada sekitar 1066Mbps sahaja. Secara keseluruhannya, jumlah pemprosesan cip ini akan bergerak adalah dalam sekitar 12.8GB sesaat. Itu adalah peningkatan sebanyak 50% daripada cip sebelumnya.
Apakah maknanya ini untuk peranti mudah alih masa hadapan? Untuk permulaan, kita boleh mengharapkan cip ini akan berada dalam kumpulan sasaran telefon jenis high-end dari pelbagai pengeluar yang berbeza. Dalam penggunaan praktikal, telefon ini akan dapat mengurus memori aplikasi dengan lebih cepat, pastinya masa hadapan Android akan lebih cerah, kerana pengeluar sentiasa muncul dengan cara untuk meningkatkan kepantasan peranti mereka.
Sumber: Samsung









