SHARP Lancar Telefon Android Baru Untuk Pasaran Malaysia Minggu Depan.

Kami menerima jemputan media bagi satu lagi pelancaran telefon android terbaru untuk pasaran Malaysia minggu depan. Kali ini jemputan datang dari jenama yang terkenal di Jepun iaitu SHARP. Di dalam jemputan yang kami terima tidak dinyatakan apakah nama model telefon Android berkenaan berikutan ianya hanya megandungi gambarnya sahaja. Malah ianya juga tidak menyatakan sistem operasi yang digunakan. Namun kami dapat mengagak ianya adalah Android berdasarkan gambar latar skrin dan lockscreen nya. Di laman web SHARP juga masih tidak terdapat informasi tentang telefon berkenaan. Namun hasil dari ketekunan kami mencari informasi di pelusuk penjuru internet, kami akhirnya dapat mengenalpasti telefon berkenaan adalah SHARP SH530U


Dari informasi yang kami dapat, telefon berkenaan sebenarnya sudah berada di pasaran Malaysia dalam 2,3 minggu yang lepas. Mungkin ianya hanya akan dilancarkan secara rasmi minggu hadapan. Berikut merupakan sedikit spesifikasi yang kami ingin kongsikan bersama anda.

  • Pemproses Dua Teras 1 Ghz MediaTek MT 6577
  • 512 MB RAM
  • 4 GB Memori Dalaman
  • Kamera depan 0.3MP dan belakang 5MP
  • Skrin 5 inci dengan resolusi 800 x 480
  • Kapasiti bateri 1930 mAh
  • Android 4.0 ICS
  • Antaramuka Feel UX
  • Sokongan Dua Kad Sim
Spesifikasinya tidaklah begitu hebat namun saiz skrinnya yang menghampiri saiz skrin Samsung Galaxy Note dan pengalaman antaramuka menarik Feel UX mungkin menjadi salah satu sebab pengguna memilihnya. Harga tidak rasmi bagi telefon ini adalah lebih kurang RM 12xx. Walauapapun teruskan bersama kami untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon Android SHARP ini minggu hadapan. Berikut merupakan video menunjukkan bagaimana antaramuka Feel UX beraksi seperti yang pernah kami tunjukkan sebelum ini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "SHARP Lancar Telefon Android Baru Untuk Pasaran Malaysia Minggu Depan."

  1. tanpa nama says:

    Maaf RAM tersangat kecik . Sepatutnya RAM minima utk model baru 2G

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!