Ini adalah ulasan penuh peranti terbaru saya iaitu Tablet Nexus 7 keluaran dari Asus. Model yang saya gunakan adalah model Wifi Sahaja dengan 16GB ruang storan. Model ini hanya akan dilancarkan oleh ASUS Malaysia pada 21 September 2012 nanti, ketika saya menulis ulasan ini kami masih belum tahu berapakah harga pasaran sebenar model ini di Malaysia. Terlebih dahulu berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini sebagai rujukan anda.

| Model | Asus Nexus 7 (16GB) |
| Dimensi Fizikal | 19.85cm (Tinggi) x 12.0cm (Lebar) x 1.05cm (Tebal) |
| Berat | 340 Gram |
| Sistem Operasi | Android 4.1 (Jelly Bean) |
| Pemprosesan | CPU: 1.3GHz Cortex-A9 4-Teras. GPU: ULP GeForce Chipset: Nvidia Tegra 3 |
| Memori | 8GB atau 16GB storan (Tanpa sokongan kad memori tambahan) 1GB RAM |
| Jenis Paparan | LED-backlit IPS LCD (Skrin sesentuh kapasitif), 16M Colour dengan perlindungan Corning Glass |
| Saiz Paparan | 800 x 1280 pixels, 7.0 inci (~216 Piksel/Inci) |
| Kamera | Tiada kamera belakang, hanya kamera depan 1.2MP untuk panggilan video |
| Speaker | Bunyi Stereo, 3.5mm jack |
| Deria | Accelormeter, Gyro, Proximity, Compass |
| Hubungan/Rangkaian | WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth, GPS, serta NFC (Tiada sokongan rangkaian mudahalih 3G/GSM) |
| Port | USB Mikro (untuk mengecas dan pindahan data), serta 4-pin untuk “docking” |
| Bateri | Li-Ion 4325 mAh (sehingga 10 jam waktu bermain), non-removable |
Terlebih dahulu saya ingin berkongsi apa yang disertakan dalam kotak lengkap Asus Nexus 7 ini, ianya dilengkapi dengan satu unit peranti tablet Nexus 7, satu unit alat pengecas USB, satu unit kabel USB mikro, buku panduan ringkas, serta kad jaminan. Untuk pengetahuan anda, setiap unit Nexus 7 dilindungi dibawah pakej jaminan antarabangsa (International Warranty) oleh ASUS di seluruh dunia. Ini bermakna anda boleh menghantar unit Nexus 7 anda ke mana-mana pusat servis ASUS untuk sebarang tuntutan atau pembaikan.

Rekabentuk Fizikal dan Kualiti Binaan
Buat pertama kali saya dapat melihat sebuah tablet berkualiti tinggi pada harga yang murah. Dengan harga kurang RM1000 ini adalah tablet terbaik yang pernah saya lihat. Binaan yang cukup kemas dan cantik tanpa sebarang kecacatan. Memang selama ini ASUS dikenali sebagai jenama dengan produk yang berkualiti dan tahan lasak, dan tablet Nexus 7 adalah satu lagi bukti kejayaan ASUS. Rekabentuk yang minima menjadikan peranti ini kelihatan elegan dan bergaya, kebanyakkan orang yang saya temui tidak percaya dengan harga tablet ini yang sebenarnya sangat murah.

Saiz dan Paparan Skrin
Teryata saya lebih gemar dengan peranti bersaiz 7 inci, sebelum ini saya menggunakan tablet bersaiz 10.1 inci. Saya dapati saiz 7 inci lebih mudah dipegang dan dibawa kemana sahaja, tidak lagi berasa kekok atau janggal untuk memegang tablet bersaiz besar didalam bas atau LRT, mahupun di kedai makan. Ianya juga agak ringan dengan berat hanya 340 gram sahaja. Nexus 7 menggunakan skrin LED-backlit IPS LCD, pada pengamatan saya kualiti paparan adalah cantik (walaupun tidak secantik Super AMOLED) namun amat memuaskan. Peranti ini amat sesuai untuk digunakan sebagai E-Book Reader kerana kepekatan piksel (ppi) yang tinggi menghasilkan imej tulisan yang tajam dan jelas.

Kadar kecerahan skrin dibawah keadaan pencahayaan tinggi (Outdoor testing) adalah kurang jelas namun ia tidak jauh berbeza dengan peranti-peranti lain yang turut menghadapi masalah yang sama. Dalam gambar imej skrin masih boleh dilihat walaupun saya sedang berada di luar pada siang hari.

Prestasi dan Kelajuan
Pemprosesan 4-teras 1.3GHz Cortex-A9 dengan Nvidia Tegra 3 amat mengagumkan saya. Ini adalah peranti Android paling laju yang pernah saya gunakan, menggunakan versi Android terkini iaitu Android 4.1 Jelly Bean menjadikan pengalaman penggunaan yang jauh lebih lancar dan pantas. Saya telah cuba beberapa aplikasi/permainan termasuk Dead Trigger, Great Little War Game, dan sebagainya. Kebanyakan aplikasi/permainan sedia ada berfungsi dengan baik dan lancar di Nexus 7. Berikut adalah rakaman video saya bermain permainan Dead Trigger pada peranti Nexus 7 saya.
Dalam unjian benchmark atau penanda aras yang saya lakukan, Nexus 7 berjaya mendapatkan keputusan yang agak cemerlang walaupun masih dibelakang model utama seperti Samsung Galaxy SIII mahupun HTC One X. Namun, keputusan ini amat berbaloi jika dibandingkan dengan harga Nexus 7 yang jauh lebih murah berbanding model peranti utama lain.

Ketahanan Bateri
Bateri Nexus 7 boleh bertahan sekitar 10 jam sekiranya digunakan secara normal/sederhana. Berdasarkan pengalaman saya setelah lebih seminggu menggunakan tablet Nexus 7 ini, baterinya boleh bertahan sepanjang hari sebelum perlu dicas semula pada lewat malam. Secara purata, saya mengecas tablet ini sekali sehari. Ini adalah prestasi normal bagi kebanyakkan tablet yang ada di pasaran pada hari ini. Namun satu perkara yang saya tidak suka mengenai Nexus 7 ini ialah masa yang diambil untuk cas semula adalah agak lama. Saya mengambil masa sehingga 3 atau 4 jam untuk cas mencapai tahap penuh walaupun menggunakan pengecas asal yang disediakan, ini adalah agak lama bagi saya. Sebagai contoh, tablet Motorola Xoom saya hanya mengambil masa kurang 2 jam untu dicas sepenuhnya.
Melayari Internet, Membaca, dan Hiburan
Buat pertama kali peluncur Google Chrome menjadi peluncur default dalam sistem pengoperasian Android. Nexus 7 disedia pasang dengan aplikasi Chrome untuk melayari internet dengan lebih pantas dan paparan yang lebih kemas. Chrome versi mudahalih Android ini juga mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Google Chrome versi komputer, termasuklah ciri-ciri tabbed browsing dan incognito mode. Anda juga boleh synchronize bookmark dan sebagainya dengan peranti anda yang lain, sebagai contoh senarai bookmark di komputer anda akan muncul secara automatik di peranti mudah alih anda juga, menarik bukan?
Bercakap mengenai hiburan, Nexus 7 sebenarnya direka untuk tujuan membaca buku atau majalah, mendengar lagu, dan menonton filem yang boleh didapati di Google Play Store. Malangnya ciri-ciri ini masih lagi tidak disokong di negara kita. Terus terang saya nyatakan antara sebab kalau saya tidak membeli Nexus 7 adalah kerana saya tidak boleh membeli majalah, lagu, atau filem kegemaran saya di Malaysia, jadi buat apa saya beli Nexus 7. Ini amat mengecewakan saya. Walaubagaimanapun, anda masih boleh memuat turun kandungan tersebut secara manual ataupun melalui sumber yang lain. Kita bertuah kerana Android sentiasa terbuka dan memberi kebebasan kepada penggunanya untuk lakukan apa yang mereka mahu.

Oleh kerana ia direka untuk memuaturun semua kandungan digital dari Google Play Store, maka mungkin disebabkan itu Google merasakan saiz storan 8GB/16GB adalah mencukupi (tanpa sokongan memori luar) kerana semua kandungan didapati secara streaming atas talian sahaja. Ini adalah satu lagi kekurangan Nexus 7 yang saya fikir penting, walaupun saya difahamkan ada sesetengah pengguna melakukan hubungan USB OTG untuk menambah ruang storan dari PenDrive dan sebagainya, namun bagi kebanyakkan pengguna mereka tidak mahir atau tidak tahu untuk melakukannya.
Tiada kamera belakang – satu kekurangan yang besar! Ya, saya mengharapkan tablet ini mempunyai kamera belakang supaya saya boleh mengambil gambar dan berkongsi gambar tersebut di rangkaian sosial Facebook, Instagram, Google+ dan sebagainya. Ramai berkata kepada saya mereka tidak mahu membeli Nexus 7 kerana tiada kamera belakang. Kamera hadapan 1.2MP yang dikhaskan untuk panggilan video sebenarnya juga boleh digunakan untuk mengambil gambar, tapi adalah amat janggal dan susah untuk mengambil gambar selain dari gambar diri sendiri. Kalau anda suka mengambil gambar, Nexus 7 bukanlah tablet yang sesuai untuk anda.
Rumusan
Kelebihan
- Harga pasaran yang rendah, sangat berbaloi
- Kualiti yang baik dan rekabentuk fizikal yang kemas
- Saiz 7 inci yang mudah dipegang dan dibawa kemana sahaja
- Paparan skrin yang cantik dan jelas
- Prestasi yang laju dan sangat lancar
- Bateri boleh bertahan hampir sehari penuh
- Sentiasa mendapat kemaskini Android terbaru kerana ia adalah peranti Nexus
.
Kekurangan
- Ruang storan yang terhad, tidak menyokong kad memori tambahan
- WiFi sahaja tanpa sokongan 3G/GSM, tidak boleh buat panggilan suara atau SMS
- Tiada kamera belakang
- Tiada sokongan Majalah, Lagu, dan Filem di Google Play

Akhir kata, saya berpuas hati dengan Asus Nexus 7 ini dan saya tidak teragak-agak untuk mencadangkan anda membelinya. Harga yang rendah dan berbaloi untuk sebuah tablet yang hebat! Khususnya bagi peminat siri peranti Nexus, kerana apabila ianya digelar Nexus bermakna ia dilengkapi sistem operasi Android yang asal tanpa modifikasi pengeluar/pengilang. Pemilik Nexus akan sentiasa menerima sokongan dan kemaskini Android versi terbaru secara terus dari Google. Ingin merasai pengalaman menggunakan Android sebenar, Nexus lah jawapannya. Saya sendiri menggunakan HTC Nexus One, kemudian bertukar kepada Samsung Galaxy Nexus, selain itu saya juga memiliki Motorola Xoom. Setakat hari ni ketiga-tiga peranti saya iaitu Galaxy Nexus, Xoom, dan juga Nexus 7 antara yang pertama dinaiktaraf secara rasmi kepada Android 4.1 Jelly Bean tanpa perlu kemaskini secara manual. Anda juga boleh ikuti saya di Google+ http://gplus.my/me
Sebarang persoalan atau pertanyaan sila ajukan diruangan komen dibawah. Kami akan menghadiri majlis pelancaran Nexus 7 oleh Asus pada Jumaat 21 September ini, nantikan lebih banyak info mengenai peranti ini dari kami di MalayAndroid.com.










kesimpulan aku yg tidak berapa hebat ni Nexus 7 ini tidak berbaloi dimiliki melainkan seseorang itu hanya ingin gunakan untuk main game sahaja…
banyak kekurangan yang merugikan dalam pemilikan peranti ni.
sekian.
baru je nak cakap benda sama, aku dah guna sebulan dan ini yang aku fikirkan, setakat nak performance ambik nexus 7. nak feature2 hebat. pilih galaxy tab or lain2 tablet.
Nexus 7 memang bagus dan berkuasa..Tapi jgan salah faham tentang dimaksudkan bagus tu. Bagusnya kalau sekadar nak main game dan, melihat gambar dan movie serta harganya yang murah dari peranti lain nya. Tidak bagusnya, tiada kamera pada bahagian belakang. Tiada slot memory tambahan dan tiada slot Kad Sim.
Rasanya, Nexus 7 silap membuat percaturan dalam menentukan selera dan kehendak serta persaingan pasaran global. Nexus 7 seperti syok sendiri dengan hanya menonjolkan kekuatan dan kepantasan prosessor nya yang hebat. Itu saja yang ada pada Nexus 7. Lainya….hancur. Sekian lama menanti kehadiran Nexus 7, akhirnya aku rasa kecewa. So, terpaksalah pakai Samsung Tab 2 yang mesra pengguna. …
Keluaran Nexus akan datang mungkin ader 3G & kamera belakang…:-) harga pun dah lain ….
bila tahu je ada nexus 7 ni teruja gila. tapi cari2 rupanya belum keluar dekat malaysia..bila baca entry ni agak kecewa bila tak banyak function yang ada.. walaubagaimanapun, bagi yang dah ada camera, latop.. tak salah untuk membeli Nexus 7 ni sebab buat apa nak beli mahal2 tablet kalau semua benda dah ada..
Salam pada Cik Siti tentang komen beliau mengenai Nexus 7. Pada satu sudut saya bersetuju dengan Siti dan dari sudut lain saya langsung tidak bersetuju. Kata Siti, buat apa nak beli mahal2 jika laptop dan kemera digital dah ada. Betullha kata Cik Siti tetapi harus cik siti ingat falsafah bagi syarikat2 pembuat2 tablet ini seperti Apple, Samsung dll. Mungin 5 tahun lagi harga laptop akan merudum jatuh. Sebelum ini desktop. Namun 5tahun lagi laptop akan merudum dan menerima nasib yang sama seperti desktop. Ini kerana, untuk 5tahun akan datang kemungkinan besar daripada apa yang saya ketahui, dengan tablet ini semua kerja2 pejabat dapat hanya menggunakan tablet sahaja. Setakat ini kita hanya tahu mengenai Windows 7 & 8. Tapi jangan lupa, andriod akan turut sama membangunkan sistem yang menggunakan windows. Falsafah yang di pegang dan dicanangkan oleh pengeluar ialah “Pejabat Didalam Poket Anda”. Jadi Cik Siti tidak perlulah bawak tablet Nexus 7, tak payah bawak laptop dan kamera digital. Bawak saja peranti semua dalam 1. Mudah, ringan dan tidak membebankan cik siti.
saya ada satu masalah berkaitan dengan tablet asus TF101
selepas saya upgrade kepada ics .. sound terus hilang
hanya dengan memakai earphone sahaja baru boleh dengar
pihak tuan ada jalan penyelesaian?
Sebenarnya ramai yang menghadapi masalah sama, contohnya di forum http://www.transformerforums.com/forum/ice-cream-sandwich/17798-sound-stops-working-ics.html
Mungkin ianya bugs yang ada dalam update dari Asus, ada juga yang boleh fix dengan hanya reboot, ada juga yang berjaya fix selepas melakukan hard reset, tapi ramai juga yang masih ada masalah yang sama. Pastikan saudara sentiasa kemaskini update terkini dari Asus, atau jalan terbaik saudara patut hubungi pusat khidmat Asus untuk bantuan.
erm mmg syok jga tablet asus nx7 ni…tp syg xda 3g ngan microsd pulak xdak usb otg, tp kna root rasenye…bg aq selling point tuk tablet 7 inci ni adalah saiz skrin n 3g tu je…coz 7″ mean mudah alih and org jrg kat wifi besa gna 3g jela…ura2 mngatakn nx7 versi 3g akn dbgunkn…baik tggu tu…
USB OTG di Nexus 7 tidak perlu root, hanya install app sahaja contoh app: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.homeysoft.nexususb.importer
Berbaloi harga dengan spesifikasi yg berkuasa tinggi. Tapi kalau anda membaca forum LawYatt, banyak bug yg amat mendukacitakan. Sepatutnya kalu Nexus brand, takder banyak masalah. Samsung Tab 2 7.0 pon ok jugak, ada kamera belakang lagi. Kalu nak banding, Samsung Tab 2 7, menjadi pilihan hati ku…
p/s: Jgn marah yek pengarang blog, kepadatan piksel rasanya lebih sesuai drpd kepekatan piksel – pekat biasanyer merujuk kepada larutan, cecair.
ops, hehe.. terima kasih atas teguran.
baru meli Asis Nexus 7 sudah ada masalah kadan kadan butan power tak boleh on.
saya nak hantar ke service center pun susah sebeb check ok.
saya ingin bertanya pendapat…. saya ingin membeli sebuah tablet ni … lebih2 lagi kalau kena travel atau ke kursus, seminar or outstation….
apa pendapat semua… mana tablet yang sesuai… sebab saya agk serba salah sama ada mahu beli asus nexus 7 yang dah ada 3G sekarang ni atau samsung galaxy tab 7 plus atau samsung galaxy tab 7.7?
saya memang tidak perlu kepada game2 yang ada sebab saya tak suka main ‘game’
lebih kepada surfing internet, blog2 atau mana site2 yang ada kaitan dengan suasana kerja saya -academic-
lebih kepada e-mail dan sedikit FB…
banyak guna e-book untuk tujuan pembacaan
apa pendapat semua … tablet mana yang paling sesuai dan berbaloi dgan harga…
terima kasih semua