Anda biasa menggunakan aplikasi perkongsian fail atau torrent di komputer?, anda pasti biasa dengan nama ini, uTorrent. uTorrent melangkah setapak lagi apabila memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk pengguna Android. Versi Beta aplikasi rasmi itu kini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play.
Kami telah menguji aplikasi berkenaan dan didapati ada sedikit kekurangan yang boleh diperbaiki. Contohnya apabila anda mencari sesuatu dengan menggunakan butang ‘search’, hasil carian anda akan diarahkan ke laman Google. Di sana barulah anda boleh klik ke laman torrent yang disenaraikan dan seterusnya mendapatkan fail anda. Cara ini agak lambat. Jika pihak pembangun aplikasi ini dapat memaparkan hasil carian terus pada skrin dan anda hanya perlu klik untuk muat turun adalah lebih baik.
Selain daripada itu kami rasakan ianya agak baik. Kami telah mencuba memuat turun fail dan hasilnya memuaskan. Namun diingatkan disini jika anda tidak melanggan data dengan kapasiti tanpa had, sila berjaga-jaga dengan kuota data anda. Ataupun anda boleh lakukan muat turun fail yang bersaiz besar apabila ada sambungan WiFi sahaja. Wah! nampaknya semakin cepatlah memori telefon anda penuh kan?
. Anda boleh klik pada gambar di bawah untuk ke Google Play untuk memuat turun aplikasi berkenaan.











