
Seorang ahli forum XDA Developers telah mengeluarkan beberapa keping gambar yang dikatakan ianya merupakan sebuah prototaip telefon Android LG yang menggunakan kod model LG E960 dan dipaparkan ianya menggunakan Launcher stok Android. Yang menjadi persoalan dikalangan peminat android sekarang adalah adakah ianya merupakan telefon nexus LG yang akan dikeluarkan nanti?.
Telefon ini walaubagaimanapun menggunakan versi android Jelly Bean 4.1.2 tidak seperti yang diwar-warkan hasil kebocoran maklumat sebelum ini yang menyatakan LG Nexus akan menggunakan versi Android terbaru 4.2. Walau begitu mungkin juga oleh kerana telefon berkenaan merupakan prototaip yang awal ( Pos di XDA berkenaan bertarikh 20 september), ianya mungkin versi awal sebelumnya dan mungkin juga akan keluar secara rasmi nanti dengan versi 4.2.
Sila lihat galeri gambar di bawah yang memaparkan telefon berkenaan dan apa pendapat anda mengenainya.
Sumber : Forum XDA Developers Via AndroidAndMe
















