Android 4.2, Dua ‘Notifikasi Boleh Tarik’ Ke Bawah?.


Seperti yang diketahui, Android mempunyai ruang notifikasi di bahagian atas yang menempatkan status bateri, kekuatan rangkaian dan sebagainya termasuk notifikasi-notifikasi lain untuk pemberitahuan dan menarik perhatian anda. Ruangan notifikasi berkenaan boleh ditarik ke bawah (pull down) untuk anda mendapatkan maklumat lanjut jika anda menerima apa-apa notifikasi.

Bagaimana pendapat anda jika bahagian boleh tarik ke bawah berkenaan mempunyai dua, bukannya satu lagi?. Android Police melaporkan melalui kemaskini Android 4.2 pada peranti LG Nexus, dikatakan bahagian tersebut mempunyai 2 ruang boleh tarik. Walaubagaimanapun oleh kerana peranti LG yang terdedah dan sibuk diperkatakan tersebut merupakan prototaip, ruang tersebut belum sepenuhnya siap. Hanya terdapat ruang boleh tarik yang tertulis ‘Future Site Of Quick Setting‘. Untuk mengakses ke ruangan tersebut pengguna perlu tarik kebawah dua kali bahagian notifikasi.

Jika dirujuk pada penjelasan gambar dan video ruang boleh tarik berkenaan, ‘Quick Setting‘ jika di dunia Android apa yang kita faham adalah bermaksud segala tetapan pantas yang boleh dicapai tanpa sepenuhnya kita ke bahagian setting pada menu. Untuk contoh yang terdekat saya berikan di sini adalah pada ruang notifikasi Samsung Galaxy S3 seperti gambar dibawah untuk memberikan gambaran pada anda.

Persoalannya, adakah melalui kemaskini berkenaan nanti, Google ingin meletakkan segala capaian Quick Setting disana?. Atau mungkin ada lagi perancangan Google yang kita tidak ketahui. Walauapapun kita tunggu bersama-sama berita selanjutnya dari masa ke semasa. Sila lihat video dari Android Police di bawah untuk gambaran ruangan notifikasi baru berkenaan.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!