ASUS Umum PadFone 2, Berada Di Pasaran Malaysia Hujung Tahun Ini.


ASUS semalam baru sahaja mengumumkan peranti kedua dalam keluarga PadFone iaitu Padfone 2. Peranti ini untuk untuk pengetahuan pembaca adalah merupakan kombinasi telefon dan tablet Android hasil inovasi ASUS. Peranti 2 dalam 1 ini kali ini hadir dengan rekaan yang lebih nampak moden dan premium. Antara perbezaan ketara yang anda boleh lihat adalah untuk memasukkan set PadFone ke PadFone station kali ini lebih mudah dengan cara menegak dan tidak lagi melintang. Penutup untuk PadFone di bahagian belakang set PadFone station juga telah dibuang bagi memudahkan pengguna.

Antara ciri menariknya adalah kapasiti bateri daripada set padFone adalah 2140mAh dan akan bertambah ke 5000mAh jika anda memasukkanya ke PadFone station. Berikut merupakan spesifikasi penuh peranti berkenaan

PadFone 2
- Android 4.04 ICS (Boleh dipertingkat ke Jelly bean)
- Pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon S4 (8064 + 9215m) Cortex A15 class (1.5GHz) dengan Adreno 320.
- Memori dalaman 16GB / 32GB / 64GB eMMC Flash / 2GB LPDDR2 RAM
- Warna Hitam/Putih
- Skrin 4.7″ (1280 x 720) / 312ppi / Super IPS+ (550 nits)
- Skrin anti calar Corning® Fit Glass dengan HCLR Film (anti- cap jari)
- Kamera belakang 13MP BSI Sensor dari Sony, f/2.4 Aperture, lensa 5 elemen, auto fokus dengan lampu denyar LED
- Kamera depan 1.2MP
- Bateri PadFone 2140mAh (Terbina dalam)
- Dimensi: 137.9mm (5.42in) x 69mm (2.71in) x 9mm (0.35in)
- Berat: 135g (4.76oz)

PadFone 2 Station
- 10.1″ (1280 x 800, WXGA), 149ppi, IPS dengan skrin kapasitif
- Skrin anti calar Corning® Fit Glass dengan HCLR Film (anti- cap jari)
- Kamera depan 1MP (13MP melalui kamera belakang PadFone 2)
- 5000mAh

Peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia pada penghujung tahun ini menurut kenyataan media yang diedarkan. Kami akan melaporkan kepada anda jika mendapat maklumat lanjut dari ASUS Malaysia.

Sumber : Phandroid

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "ASUS Umum PadFone 2, Berada Di Pasaran Malaysia Hujung Tahun Ini."

  1. lewisdotmy says:

    asus sekarang ini sedang berkembang agak baik

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!