Google Akan Mengadakan Acara Majlis Untuk Android Pada 29 Oktober 2012 Nanti

Google akan mengadakan acara majlis untuk Android pada 29 Oktober nanti, apakah yang akan diperkenalkan dan diumumkan nanti masih tidak diketahui lagi, namun Google telah meletak tajuk majlis itu adalah “The playground is open.”

Pelbagai blog berkaitan Android dan teknologi telah memberi spekulasi bahawa sebuah telefon Nexus yang baru akan diperkenalkan nanti, mungkinkah ianya dari LG setelah banyak ura-ura yang muncul? Mungkinkah akan diperkenalkan aplikasi Snapseed kepada umum setelah mereka membeli syarikat itu yang lepas? Atau mungkin juga kemunculan versi Android yang baru iaitu 4.2?

Terlalu banyak spekulasi, dan kami sangat tak sabar menanti acara ini berlangsung nanti.

Sumber: The Next Web

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!