
Ada berita yang menyatakan kemaskini Jelly Bean untuk HTC One X kini didalam proses dilepaskan ke pengguna Asia. Ini termasuklah Malaysia. Kepada pemilik model ini, anda boleh memeriksa telefon anda secara manual pada setting untuk kebarangkalian menerima kemaskini ini. Kami telah bertanyakan tentang hal ini kepada HTC Malaysia melalui laman Facebook mereka namun mereka membalas, ianya akan diberitahu kemudian.
Melalui kemaskini bersaiz 352.87MB ini, antaranya ianya akan memberikan telefon berkenaan pengalaman terbaru dari Sense 4+ dimana ianya memberikan skin terbaru untuk UI, peningkatan prestasi, kemaskini galeri dan beberapa ciri baru yang lain.
Kepada pembaca kami yang menggunakan model ini, anda boleh cuba periksa kemaskini tersebut dan sila laporkan kepada kami di ruangan komen di bawah.









