Lagi Gambar Nexus 4/LG Nexus (LG E960) Terbongkar?.


Seorang lagi ahli forum XDA Developers mendedahkan dua keping gambar yang dikatakan telefon Android Nexus dari LG. Kali ini gambar telefon berkenaan lebih jelas dan kelihatan bezel bewarna krum disekelilingnya. Dikatakan gambar telefon berkenaan yang terdedah sebelum ini yang turut kami siarkan dalam artikel kami sebelum ini sebenarnya adalah telefon yang sama tetapi ianya menggunakan sarung dummy bagi melindungi bentuk sebenar telefon berkenaan.

Kali ini, ahli forum yang mendedahkan telefon berkenaan berkata beliau memiliki prototaip telefon berkenaan dan membuka satu topik pada forum berkenaan bagi menjawab sebarang soalan daripada para ahli. Menurut beliau lagi, saiz telefon berkenaan adalah lebih kurang sama dengan Galaxy Nexus. Beliau turut memberikan spesifikasi telefon berkenaan.

CPU: Snapdragon S4 1.5GHz ( Empat Teras )
RAM: 2 GB
Memory: 8GB
GPU: Adreno 320
Android version: JellyBean 4.1.2
Kernel 3.4.0
Screen: 4.7 inci, 768×1280 (320 dpi)
Kamera: 8 MP
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
Berita di atas saya taip dua hari lepas dan belum disiarkan kerana ketidak pastian samada pendedah gambar berkenaan disyaki melakukan satu penipuan oleh para ahli forum XDA Developers kerana selepas beliau mendedahkan berita dan gambar berkenaan dan secara tiba-tiba selepas itu beliau terus senyap tanpa berita. Namun akhirnya beliau telah memberikan balasan apabila mengemaskini topiknya dengan memberikan satu link blog dimana dipaparkan telefon prototaip tersebut dengan paparan yang lebih jelas dan juga beserta perbandingan secara sebelah menyebelah dengan I phone 5. Malah blog berkenaan mendokumenkan peranti berkenaan dengan baik sekali serta menyediakan paparan maya 360 darjah peranti berkenaan. Terdapat juga contoh gambar hasil dari kamera 8 Megapiksel peranti tersebut.

Untuk melihat peranti berkenaan yang di katakan peranti Nexus dari LG secara maya 360 darjah, sila ke pautan berikut
tech.onliner.by

Apa pendapat anda tentang pendedahan ini?. Anda rasa adakah benar ianya peranti Nexus dari LG?. Sila tinggalkan komen pada ruangan komen di bawah.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "Lagi Gambar Nexus 4/LG Nexus (LG E960) Terbongkar?."

  1. oggogn says:

    bestnya..

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!