LG Nexus Dikenali sebagai NEXUS 4 & Terdapat 2 Warna Ditawarkan?.


Akhir-akhir ini nama Carphone Warehouse asyik muncul di arena berita Android. Selepas baru-baru ini tersebar gambar yang menunjukkan ura-ura kehadiran Samsung Nexus 2 dan versi 32GB Nexus 7 di dalam iventorinya, kali ini muncul pula iventori yang memaparkan perihal peranti Nexus dari LG pula. Peranti LG dari Nexus yang heboh di arena dunia Android yang dikenali sebelum ini sebagai LG Nexus dikatakan mungkin akan dikenali sebagai Nexus 4. Ini berikutan tersebarnya pula gambar yang didedahkan dikatakan ianya dari skrin iventori barang-barang dari kedai berkenaan yang memaparkan perkataan ‘LGNexus4Black‘ dan ‘LGNexus4White‘. Namun ianya mungkin tidak benar dan mungkin hanya nama gelaran bagi peranti berkenaan. Dari paparan itu juga kita boleh simpulkan peranti Nexus 4 dari LG tersebut mungkin hadir dengan dua warna pilihan hitam dan putih kelak.

Semakin hari semakin hangat dunia Android dengan kebocoran info-info ini yang belum dipastikan kesahihannya selagi peranti berkenaan belum diumumkan. Terpulang kepada anda untuk menerima berita-berita ini atau tunggu sahaja peranti sebenar memunculkan diri.

Sumber : The Verge

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!