
Telko-telko utama Malaysia yang diumumkan sebagai rakan jualan model terbaru Samsung iaitu Galaxy Note 2 kini telah memaparkan tawaran-tawaran mereka di laman web masing-masing. Sebelum ini hanya DiGi telah memperlihatkan tawarannya seawal pengumuman Note 2 yang dilakukan pada 11 Oktober yang lepas.
Maxis menawarkan peranti berkenaan dengan harga serendah RM1599 untuk kontrak komitmen selama 24 bulan bagi pakej data 3GB (RM 68). Itu bagi tawaran pakej biasa dimana anda perlu memilih salah satu antara pakej panggilan Value First (RM30/month) atau Value Plus (50/80/150/250/500) bersama-sama pilihan pakej data 1GB (RM48) atau 3GB (RM68).
Maxis turut menyediakan satu lagi tawaran untuk peranti ini iaitu pakej TalkMore78. Dengan pakej ini pula anda boleh dapatkan phablet ini dengan harga RM1399 (komitmen 24 bulan) dimana anda perlu pilih pakej TalkMore78 bersama dengan pakej Mobile Internet Plan 1GB ataupun 3GB iaitu dengan tambahan bulanan RM48 atau RM68 masing-masing. Melalui pakej TalkMore78, anda diberikan 600 minit masa berbual dan 500 sms. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web Maxis.
Celcom pula menawarkan phablet berkenaan dengan harga serendah RM1498. Namun anda perlu memilih untuk mengambil pakej Celcom First Elite (150) bersama dengan pakej data Mobile Internet Basic (RM38, 1GB) atau Mobile Internet Basic (RM58, 3GB) yang mengikat anda secara kontrak berkomitmen selama 18 bulan. Terdapat juga pakej lain yang boleh menjadi pilihan anda bergantung kepada kemampuan anda. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web celcom.











