
Kami telah mendapat kerjasama dengan Gameloft (Malaysia) untuk mejadi rakan kami. Ini merupakan berita baik kepada semua pembaca kami di mana di masa akan datang, anda akan menerima kemaskini secara langsung dari kami mengenai tawaran dari Gameloft dari masa ke semasa terutamanya untuk para pengguna dari Malaysia. Malah mungkin akan terdapat beberapa promosi atau peraduan untuk peminat kami dengan kerjasama Gameloft.
Sebagai permulaan, Gameloft telah mengumumkan kepada kami mengenai satu peraduan yang sedang diadakan ketika ini dimana mereka akan memberikan permainan terbaru mereka iaitu Wild Blood kepada 5 pemenang bertuah. Peraduan ini hanya dikhaskan untuk peminat mereka di Malaysia sahaja namun anda perlu turut berebut dengan pengguna iOS juga.
Wild Blood merupakan satu permainan terbaru bergenre RPG (Role playing game) yang menggunakan teknologi enjin permainan dari Unreal. Teknologi enjin permainan Unreal dikatakan memberikan kualiti gambar yang lebih menarik.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai peraduan yang sedang dilangsungkan ini sila ke blog Gameloft Malaysia dan sila ikut arahan yang disediakan di sana.










Apa khabar MalayAndroid. Saya ingin meminta ulasan tentang telefon CSL mi501 yang baru-baru ini keluar di Berita Harian. Spesifikasinya boleh dijumpai disini http://www.s-csl.my/index.php/csl-phones/switch/item/306-switch-mercury-mi501. Terima Kasih.
nice