
Anda berminat bermain permainan video bola sepak?. Gameloft mengumumkan memberikan permainan Real Football 2013 secara percuma di Google Play. Anda boleh memuat turun permainan berkenaan sekarang.
Kualiti gambarnya tidak begitu baik berbanding permainan video bola sepak lain seperti PES dan FIFA namun jika anda ingin mencuba dan memang berminat dengan permainan jenis ini, muat turun sahaja kerana ianya percuma. Sila pastikan anda mempunyai ruang storan yang cukup kerana datanya bersaiz 800MB. Oleh kerana permainan ini adalah percuma, Gameloft mengintegrasikan bayaran di dalam aplikasi iaitu pengguna boleh membeli mata atau apa-apa tambahan sewaktu perjalanan permainan anda.
Untuk memuat turun di google Play, sila klik pautan di bawah.












