Samsung Galaxy Note 2 Dilancar Secara Rasmi Di Malaysia, HRD RM2299.


Samsung Malaysia petang semalam baru saja melancarkan versi dipertingkat Samsung Galaxy Note iaitu Samsung Galaxy Note 2 di Kuala Lumpur. Phablet berkenaan kali ini dikuasakan dengan pemproses empat teras dengan kelajuan 1.6GHz dengan RAM 2GB dijual dengan harga disyorkan RM2299.

Phablet ini datang dengan dua warna iaitu marble white dan titanium gray dan ianya ditawarkan dengan versi 16GB sahaja. Selain bateri yang mempunyai kapasiti yang lebih besar dari Samsung Galaxy Note iaitu 3100mAh, versi phablet terbaru ini kini dilengkapi skrin HD Super AMOLED bersaiz 5.5 inci dengan nisbah ratio 16:9 melalui skrin beresolusi 1280×720 piksel dengan kepadatan densiti 264ppi. Ianya turut disertakan dengan S Pen yang baru yang mempunyai saiz yang lebih besar supaya selesa dipegang.

Di dalam majlis berkenaan wakil Samsung juga ditanya mengenai kemaskini terbaru yang menyokong multi window pada phablet ini dan beliau memberi jawapan ianya sudah tersedia dan pengguna perlu memuat turun sendiri kemaskini perisian berkenaan melalui OTA.

Anda boleh mendapatkan phablet ini melalui para pengedar jualan Samsung yang sah bermula 19 Oktober ini. Samsung juga mengumumkan kerjasama dengan Celcom, Maxis dan DiGi sebagai rakan jualan yang membolehkan pengguna bakal melihat dan mendapatkan phablet ini melalui mereka dengan pakej yang disediakan.

Untuk melihat gambar sewaktu acara tersebut sila ke laman Facebook kami.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!