Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

Samsung Galaxy S 3 Mini Dilancar Di Jerman.

Gambar dari mobilegeeks.de

Anda merasakan skrin Samsung Galaxy S 3 terlalu besar?. Mungkin juga kerana tangan anda yang kecil itu tidak sesuai dengan saiznya tetapi sebenarnya anda inginkan telefon berkenaan juga. Ada berita baik apabila Samsung dikatakan akan melancarkan Samsung Galaxy S 3 mini pada 11 Oktober iaitu hari ini di Jerman dimana rupa telefon berkenaan seakan-akan Samsung Galaxy S 3 juga tetapi skrinnya bersaiz lebih kecil iaitu 4 inci. Berita ini diumumkan sendiri oleh JK Shin iaitu Ketua bahagian Samsung Mobile Communications sewaktu perjumpaan dengan sidang media Korea semalam. Dikatakan telefon ini akan dilancarkan untuk pasaran Eropah dan tidak diumumkan lagi adakah ianya akan turut memasuki pasaran Malaysia. Berikut sedikit spesifikasi berkenaan ‘adik’ Samsung Galaxy S 3 ini.

Samsung Galaxy S3 Mini GT-I8190
Skrin: 4.0 inci Super AMOLED 800×480 Piksel
Pemproses: STE U8420 Dua Teras 1.0 Ghz
Kamera: 5 Megapiksel, Autofokus & LED
RAM : 1GB, Memori Dalaman : 16GB
Versi Android : Android 4.1 “Jelly Bean”
Kapasiti bateri: 1500 mAh
Dimensi: 121.55 x 62.95 x 9.85 mm

Telefon ini diwar-warkan akan dijual dengan harga 399 euro disana bersamaan dengan RM1580.

Gambar sebenar telefon berkenaan – GSM Helpdesk

Sumber : The Verge, mobilegeeks.de

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Mengasaskan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Berlatar belakang lulusan kejuruteraan elektronik dan berminat kepada Android seawal 2009 dengan peranti pertama ialah HTC Tattoo. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 > Slicepad D8 + Slicepad D7 + Samsung Galaxy Note 8.0 -> Sony Xperia Z Ultra + Sony Smartwatch 2.