Samsung Kemaskini Note 2 Dengan Sokongan Paparan Skrin Berbilang.


Samsung Galaxy Note 2 akan dilancarkan di Malaysia pada Khamis, 11 Oktober ini. Namun terdapat beberapa negara di luar Malaysia sudah boleh mendapatkannya di pasaran negara mereka. Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel yang menyatakan telefon terbaru Samsung ini mungkin akan menyokong paparan skrin berbilang berdasarkan sebuah video yang dipaparkan oleh Samsung Mobile Korea sempena pelancaran phablet berkenaan di sana. Nampaknya berita mengenainya disahkan benar apabila laman sesawang Sammobile memuat naik perisian berkenaan pada laman mereka yang terdiri dari versi perisian beberapa negara iaitu Greece, United Kingdom, France dan Hunggary.


Perisian tersebut mempunyai butir-butir berikut:

AP: N7100XXALJ1
CP: N7100XXALIH
CSC: N7100OXAALJ1

Untuk maklumat lanjut mengenai phablet ini teruskan bersama kami dan untuk makluman kami akan kemaskini secara langsung pada majlis pelancaran berkenaan.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

One Comment on "Samsung Kemaskini Note 2 Dengan Sokongan Paparan Skrin Berbilang."

  1. akurezak says:

    satu lagi inovasi

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!