
Samsung Galaxy Note 2 merupakan phablet generasi kedua selepas kejayaan phablet generasi pertamanya yang terjual lebih kurang sehingga 10 juta unit di seluruh dunia. Phablet ini dilancarkan secara besar-besaran oleh Samsung Malaysia Electronics untuk pasaran Malaysia di Zebra Square, Kuala Lumpur pada 11 Oktober yang lalu yang dihadiri pihak media Malaysia.

Seperti biasa generasi kedua peranti ini mengekalkan kategori baru yang direka oleh Samsung yang dikenali sebagai phablet. Untuk pengetahuan pembaca yang baru mendengar istilah ini,peranti ini tidak dikategorikan sebagai telefon ataupun tablet tetapi ianya adalah antara keduanya dimana ianya mempunyai skrin yang lebih besar dari telefon namun ianya lebih kecil untuk dipanggil sebagai tablet.

Samsung Galaxy Note 2 direka untuk kehidupan yang penuh kreatif dan meningkatkan produktiviti melalui ciri-ciri hebatnya. Ianya menawarkan kepada penggunanya kebolehan untuk mengekspresi peribadi dengan cara yang lebih natural. Skrinnya yang bersaiz 5.5 inci HD Super AMOLED dengan resolusi 1280×720 piksel dan kepadatan piksel 264ppi memberikan pengguna kebebasan menikmati pengalaman paparan yang hampir sempurna dimana-mana sahaja. Antara ciri baru yang menarik diperkenalkan ialah peralatan bantuan kreatif yang baru yang mengoptimakan penggunaan S Pen yang di tingkatkan dan diperbaiki supaya pengguna dapat menyampaikan cetusan fikiran dan ekspresi dengan penuh gaya tersendiri.

Seperti generasi pertamanya, phablet ini mengekalkan penggunaan stylusnya yang dikenali sebagai S Pen. S Pennya kali ini datang dengan saiz yang lebih besar dari generasi Note yang pertama memberikan keselesaan dan perasaan yang lebih natural sewaktu menggunanya. Sewaktu mencubanya kami merasa lebih selesa seakan-akan memegang pen sebenar tetapi sebenarnya saiznya adalah lebih kecil dari pen sebenar tetapi lebih besar dari S Pen Galaxy Note pertama. S Pen ini dikatakan telah ditingkatkan sensitivitinya untuk memberikan pengalaman penulisan yang jitu.

Melalui penggunaan S Pen anda dapat menggunakan beberapa ciri hebat seperti Air View, easy clip, quick command, idea sketch dan photo note dimana beberapa ciri-ciri baru ini baru diperkenalkan pada Galaxy Note 2 ini untuk membantu dan meningkatkan produktiviti disamping menonjolkan kreativiti penggunanya. Pengguna juga turut boleh menggunakan aplikasi S Note yang direka untuk berkoliberasi dengan S Pen tersebut. Hasilnya anda dapat menghasilkan sesuatu yang kreatif yang tidak pernah anda impikan akan terhasil dari satu peranti bimbit.
Phablet Galaxy Note 2 kali ini datang dengan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya. Dilengkapi dengan pemproses 1.6Ghz dengan 2GB RAM bakal memberikan anda peranti dengan prestasi yang tidak akan mengecewakan. Ianya dapat dilihat dari kebolehan untuk menjalankan pelbagai aplikasi dalam satu masa (multitasking) yang sebenar dan kali ini Samsung mencipta satu lagi inovasi iaitu ciri Multiwindow. Ciri ini anda boleh lihat ianya telah disediakan pada Galaxy Note 10.1 yang telah pun dilancarkan untuk pasaran Malaysia sebelum ini. Melalui berita yang tersebar di ruang internet sebelum ini, ada ura-ura yang Galaxy Note 2 akan menyokong fungsi Multiwindow ataupun paparan dua tetingkap di dalam satu skrin ini. Ianya disahkan oleh Samsung Malaysia dengan mempertontonkan ciri berkenaan kepada media di dalam majlis acara pelancaran ini namun Samsung menjelaskan pengguna Malaysia perlu memuat turun kemaskini terbaru berkenaan sendiri melalui OTA kerana ianya tidak didatangkan secara langsung sewaktu pengeluaran phablet ini dari kilang.

SPESIFIKASI
- Jalur komunikasi : 3G: HSPA+ 21Mbps (HSDPA 21Mbps / HSUPA 5.76Mbps
- Pemproses : 1.6 GHz Empat teras
- Paparan : 5.5”(140.9mm) HD Super AMOLED (1,280 x720, 264 ppi)
- OS : Android 4.1 (Jelly Bean)
- Kamera (Belakang) : 8 Megapiksel Auto Fokus dengan LED Flash, BSI Sub (Depan ): 1.9 Megapiksel VT Camera, BSI
- Video Kodec: MPEG4, H.263, H.264, VC-1, DivX, WMV7, WMV8, WMV9, VP8, Format: 3GP(MP4), WMV(ASF), AVI, FLV, MKV, Rakaman dan main semula Full HD(1080p)
- Audio Kodec: MP3, OGG, WMA, AAC, ACC+, eAAC+, AMR(NB,WB), MIDI, WAV, AC-3 dan Flac .Pemain muzik dengan SoundAlive. Port fon telinga 3.5mm.
- Aplikasi Dioptimasi Untuk Penggunaan S Pen
- S Note, S Planner, S Pen Keeper
- Quick Command, Easy Clip, Photo Note, Paper Artist, Air View, Pop Up Note, Pop Up Video, Shape Match, Formula Match
- Memori : 16GB Memori dalaman + microSD (sehingga 64GB). RAM 2GB
- Dimensi : 80.5 x 151.1 x 9.4 mm, 180 g
- Kapasiti Bateri : Li-ion 3,100mAh
Di atas dipaparkan spesifikasi phablet berkenaan yang boleh didapati didalam dua warna iaitu marble white dan titanium grey dijual dengan harga runcit disyorkan (HRD) RM 2299 bermula 19 Oktober ini melalui rakan syarikat telekomunikasi Samsung iaitu DiGi, Maxis dan Celcom. Ianya turut boleh didapati melalui pengedar elit Samsung (SME – Samsung Elite Partner) bermula pada tarikh berkenaan juga.











Apa beza 264ppi dengan 314ppi? Mana lebih baik?
lebih besar kepadatan piksel lebih baik… maknanya 314ppi tu lagi baik dari 264ppi
apa yang dimaksudkan dengan IPS?
IPS (In-Plane Switching technology). sejenis teknologi skrin LCD
Superb… Dah test seminggu, takder lagging. Boot superfast… Terbaekkk…
nice
apa beza note 2 biasa dengan note 2 LTE
note 2 cuma support 3G…LTE ni utk next generation network..tak pakai sim card dah..kat malaysia masih baru LTE ni..mcm 4G lah..cuma takde sim card..tp ada LTE cip..
Beli dah SGN2 siap dua biji lagi..hahah..terbaik….setakat nih
LTE tetap pakai Sim card. Versi Note 2 Singapura ada yg LTE version. Ada kedai kat Malaysia yg dah jual note 2 LTE version tp unofficial (AP) la..sila search di mudah