Sony Playstation Mobile Kini Boleh Digunakan Pada Peranti Android.


Sebelum ini Sony telah mengumumkan program pertauliahan perlesenan Playstation Mobile ( Sebelum ini Playstation Suite ) yang membenarkan peranti Android dengan tauliahan dari Sony dapat memainkan permainan atas penggunaan platform Playstation. Melaluinya aplikasi Playstation Mobile kini menjadi satu aplikasi yang berasingan yang boleh dipasang pada mana-mana peranti yang mendapat tauliah dari Sony tersebut. Setakat ini jenama peranti Android yang mendapat pertauliahan bagi memainkan permainan melalui aplikasi ini ialah HTC selain Sony sendiri dan dikatakan ianya tidak mustahil akan berkembang ke kebanyakan jenama peranti Android.

Para pengguna model HTC dan Sony yang tersenarai pada halaman web mereka kini boleh memuat turun aplikasi berkenaan di sini. Walaubagaimanapun dikatakan pemilik telefon HTC buat setakat ini belum boleh mengakses kepada sistem. Hanya pemilik peranti Android Sony XPERIA dan tablet Sony tersenarai sahaja yang dapat mengakses buat ketika ini.

Seterusnya, dengan memasang aplikasi ini, pengguna dapat membeli permainan yang disediakan untuk platform baru berkenaan dengan mudah.

Kami tidak dapat memastikan samada pengguna Malaysia juga turut sama boleh mula menggunakan aplikasi ini sekarang. Kepada pembaca yang mempunyai peranti tersenarai berkenaan, apakata anda cuba pasang aplikasi tersebut dan sila laporkan pada ruangan komen kami di bawah.

Berikut merupakan senarai peranti  Sony XPERIA dan tablet Sony yang boleh menggunakan aplikasi berkenaan serta senarai peranti HTC yang disokong kemudian.

Xperia acro HD IS12S
Xperia acro HD SO-03D
Xperia acro IS11S
Xperia acro S LT26w
Xperia acro SO-02C
Xperia arc SO-01C
Xperia GX SO-04D
Xperia ion LT28at
Xperia ion LT28i/LT28h
Xperia NX SO-02D
Xperia PLAY R800i/R800a/R800at
Xperia PLAY R800x
Xperia PLAY SO-01D
Xperia S LT26i
Xperia SL LT26ii
Xperia SX SO-05D
Xperia T LT30a/LT30h
Xperia TX LT29i
Xperia V LT25i

Sony Tablet P
Sony Tablet S
Xperia Tablet S

Peranti HTC berikut boleh memuat turun dan memasang aplikasi tetapi belum dapat mengakses kepada sistem Playstation Mobile.

One S
One V
One X

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

Mewujudkan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Lulusan kejuruteraan elektronik dan menetap di Lembah Klang. Menggunakan Samsung Galaxy Note 2 sebagai peranti harian. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 + Slicepad D8.

Ada sesuatu ingin anda perkatakan? silakan komen dibawah!