Ada khabar angin yang menyatakan Google akan menghasilkan sebuah tablet Nexus dengan harga USD 99 pada akhir suku ke empat tahun ini. Perkara itu diwar-warkan oleh Digitimes yang menyatakan ianya bersumberkan sebuah syarikat pengeluar Taiwan.
Dikatakan tablet murah berkenaan akan menggunakan pemproses satu teras yang menggunakan senibina ARM 8950 dari sebuah syarikat dari China iaitu WonderMedia Technologies. Malah untuk mengurangkan kos juga dikatakan ianya akan menggunakan paparan jenis HUVA TN yang dikeluarkan oleh syarikat Taiwan HannStar Display dan tablet berkenaan akan dikilangkan oleh Quanta Computer, iaitu syarikat berpengkalan di Taiwan juga.
Wah!, kalau berita ini benar nampaknya tak lakulah tablet-tablet China yang berlambak di pasaran sekarang ni. Pendapat anda?.
Sumber : Digitimes










