
Seperti yang diketahui, kami telah dipertontonkan dengan tablet Samsung Galaxy Note 10.1 sebelum ini yang dilancarkan buat pengguna di Malaysia beberapa minggu yang lepas. Pada majlis pelancaran berkenaan kami telah diberi peluang mencuba peranti berkenaan untuk melihat sendiri dengan lebih mendalam ciri-ciri istimewa yang terdapat pada tablet berkenaan. Salah satu ciri yang kami kagumi ialah kebolehan tablet berkenaan menyokong paparan skrin berbilang (multiple screen/multiple window) dimana anda boleh melakukan dan memaparkan dua kerja sekaligus pada skrin tablet tersebut dengan membuatkan skrin tablet membahagi kepada dua bahagian. Ini benar-benar menunjukkan kebolehan ciri multitasking sebenar.
Sewaktu pengumuman Samsung Galaxy Note 2 di Berlin, tidak pula diumumkan tentang ciri tersebut akan terdapat pada Galaxy Note 2 menjadikan saat pertama kami melihat dan mengetahui mengenai ciri terbaru itu adalah di pelancaran Samsung Galaxy Note 10.1 di Malaysia. Namun ada berita baik apabila sebuah video YouTube dari SamsungMobile yang memaparkan video tentang Samsung Galaxy Note 2 telah turut memaparkan ciri paparan skrin berbilang pada phablet berkenaan. Ini menunjukkan phablet berkenaan akan turut mempunyai ciri berkenaan apabila ianya memasuki pasaran nanti. Video berkenaan merupakan video sempena pelancaran rasmi phablet berkenaan untuk pasaran Korea, tempat asal jenama Samsung.
Berikut merupakan video berkenaan. Apa pandangan anda tentang ciri ini?. Sila tinggalkan komen di ruangan komen di bawah.









