Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

Kini Anda Boleh Komen Dengan Akaun Google+ Anda Di Google Play Store

Notis #1 Jikalau anda menghantar komen dari aplikasi Play Store anda, ianya masih keluar sebagai akaun anonymous, iaitu ‘A Google User’ (walaupun anda telah kemaskini pada Play Store versi 3.10.9 terkini sekalipun). Nampaknya perubahan ini hanya boleh di web Play Store sahaja.

Notis #2 Kalau anda komen di laman web Play Store dengan akaun Google+ anda, komen tersebut tidak akan muncul pada peranti, kami rasakan Google akan mengeluarkan kemaskini terbaru untuk Play Store dalam masa terdekat nanti untuk memperbaiki bugs ini dan seterusnya menjadikan integrasi ini sempurna.

Kali terakhir kemaskini untuk Google Play Store, mereka di Android Police telah perasan sesuatu dalam kod mereka, yang membawa kepada pengguna Google+ dengan bahagian komen pengguna, dan sekarang ini ianya telah LIVE! Dalam post kami sebelum ini kami fikirkan ianya telah bertukar kepada akaun ‘anonymous’ untuk sementara, dan sekarang ini jikalau anda tekan pada butang komen untuk sebarang aplikasi, sebuah mesej akan muncul yang memberitahu yang ianya akan bertukar ke akaun Google+ secara automatik.

Perubahan ini pastinya akan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna untuk sementara, kerana semua komen lama anda telah bertukar kepada akaun ‘anonymous’, mungkin selama-lamanya. Tapi jika dilihat kepada sudut yang baik, ianya telah integrasi dengan akaun di Google+ anda untuk diulas, baik untuk pengguna, baik juga untuk pembangun aplikasi.

Nak mencuba sendiri? Pergi ke laman Google Play Store dan tinggalkan komen pada aplikasi yang telah anda muat turun sekarang!

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)