Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

Sony Akan Mengeluarkan Kemaskini Jelly Bean Untuk Beberapa Model Xperia Tahun 2012

Pelbagai andaian dan bualan orang ramai mengenai kemaskini Jelly Bean akan hadir pada peranti telefon Sony model Xperia akan hadir tidak lama lagi. Dan semalam Sony sendiri telah mengumumkan beberapa kemaskini versi Android terbaru 4.1 kepada beberapa model telefon Sony Xperia untuk keluaran tahun 2012.

Senarai model telefon yang akan menerima kemaskini Android versi Jelly Bean pada suku pertengahan pertama tahun hadapan 2013 adalah Xperia T, Xperia TX dan Xperia V. Seterusnya Sony akan memfokuskan pula kepada kemaskini Xperia S, Xperia acro S, Xperia ion, Xperia P, Xperia go dan Xperia J, namun masa untuk keluaran kemaskini tersebut akan diumumkan kemudian.

Keputusan Sony untuk melangkah kemaskini ICS (Ice Cream Sandwich) dilihat sebagai berita gembira kepada ramai pemilik peranti Xperia, namun melalui ruangan komen dalam blog Sony tersebut dilihat telefon Xperia U, yang juga keluaran 2012 tidak diberitahu akan mendapat kemaskini Jelly Bean itu. Ia menyebabkan ramai kemarahan pengguna peranti tersebut kerana tidak menyediakan kemaskini baru itu kepada mereka. Dan itu bukanlah sesuatu yang pertama kali dengar dari pemilik telefon Sony.

Seperti kebiasaan, setiap kemaskini baru akan mereka laporkan melalui laman blog mereka, dan kami di Malay Android pasti akan melaporkan kepada anda yang pertama di Malaysia melalui lama blog kami.

Sumber: Blog Sony Mobile

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)