Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

15 Telefon Android Anda Boleh Pilih Dari Pakej Komunikasi Belia

stupid-ass-phone-package-wth-fuck

Walaupun menerima banyak kritikan berkenaan isu pemberian rebat RM200 untuk warga muda untuk mendapat telefon pintar, Jabatan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberitahu bahawa insentif tersebut bertujuan untuk memberikan peluang kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Pakej Komunikasi Belia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 yang diadakan pada bulan September lepas bertujuan untuk menggalakkan anak muda, lebih-lebih lagi diluar bandar, untuk menikmati prasarana rangkaian broadband negara.

Mereka yang layak untuk menerima rebat RM200 ini boleh membeli telefon pintar 3G yang berharga RM500 senarai yang disediakan oleh SKMM sahaja. Dengan rebat berkenaan, mereka yang layak hanya perlu membayar RM300 untuk mendapatkan telefon baru mereka.

Sehubungan dengan itu, pihak Malay Android sendiri telah mengasingkan senarai telefon yang dikenalpasti menjalankan sistem operasi Android. Berikut adalah senarai.

  • Alcatel 993D
  • Alcatel OneTouch Glory 2
  • Alcatel OneTouch Inspire 2
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790

Peranti Nokia sudah pastinya tidak menjalankan sistem operasi Android.

  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia Asha 311
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610

Berkenaan dengan ‘The Buzz Phone’ pula, kami tidak menjumpai sebarang maklumat mengenai telefon ini. Andaikata anda tahu mengenai telefon ini, sila berikan maklumbalas anda dalam ruangan komen dibawah.

Walaupun pakej ini terbuka untuk semua warga muda, namun hanya mereka yang berpendapatan RM3,000 kebawah sahaja yang layak menerimanya. Borang untuk Pakej Komunikasi Belia boleh didapati di laman web http://nbi.skmm.gov.my/ bermula 1 Januari, 2013.

Anda boleh mendapatkan peranti telefon ini dari tempat yang mempunyai logo “Pakej Komunikasi Beli” dalam bentuk banner atau bunting. Anda juga boleh periksa dalam laman web rasmi SKMM untuk melihat senarai sah penjual telefon pintar tersebut.

Kami harap dengan kemunculan berita ini akan terpancar sinar yang mekar dari wajah mereka yang benar-benar layak mendapatkannya.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)
  • Nissa

    hi.. agak2 smartphone yg mne eyh leyh support YM & skype???

    • nama saya

      cari yg sistem operasi android.. galaxy chat tu ok

    • http://www.malayandroid.com Jaslehaidy

      kebanyakan android support.kalau skype nak pakai video call kenala cari yang ada kamera depan

  • bijan

    Pc tablet murah yg boleh call x dlm senaraikah…..

  • Faz

    Buzz Phone adalah jenama Samsung untuk YES 4G. Sila rujuk web YES.

    Correction: LUMIA 610 adalah windows 7 phone

    dan for android ICS 4.0… tipo dual dan zte..other pakai 2.3 gingerbread

    • http://shamhardy.com sham

      terima kasih atas info tersebut.

  • Pingback: Pemohon Pakej Komunikasi Belia Kini Boleh Mendapatkan Apa Jua Jenama Telefon Pintar Tanpa Harga Had RM500