Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

Rockstar Menarik Balik Permainan Grand Theft Auto: Vice City Dari Google Play Store

Kemaskini #1: Pihak Rockstar memberitahu mereka akan keluarkan semula permainan ini ke Google Play Store selewatnya akhir minggu hadapan.

Sebernanya semalam kami nak menulsi tentang permainan ini dalam blog sini, namun dalam beberapa jam selepas itu, ramai pengguna memberitahu bahawa permainan ini sudah tiada lagi dalam Play Store, jadi kami tahan dahulu blogpost itu sebelum keluar, dan nampaknya blogpost tersebut terpaksa kami tukar isi kandungannya kepada pihak Rockstar terpaksa menarik balik permainan tersebut kerana terdapat masalah semasa hendak install.

Isu yang berlaku adalah apabila terdapat permasalahan pada pengesahan data XAPK, jadi Rockstar menarik semula permainan tersebut dan menghantar pemberitahuan atas apakah yang sebenar yang berlaku dalam blog mereka.

“We’re aware that some users have attempted to download Vice City: 10th Anniversary Edition from the Google Play Store and have experienced validation errors.

Just to be clear: the game is not available for Android devices just yet, and if you’re seeing it listed on the Store then this is an error, and you shouldn’t attempt to download it. We’ll keep you up to date and let you know as soon as the game is live and available to purchase.”

Tidak pasti bagaimana mereka boleh tersilap semasa mengeluarkan permainan tersebut di Google Play Store, tapi apa yang kami tahu, bagi mereka yang telah sempat beli permainan tersebut dan berjaya main tanpa ada masalah pada peranti mereka mungkin sedang berseronok menjalankan misi ketika ini. Kongsikan komen anda kepada kami jika anda adalah mereka yang bernasib baik itu.

Sebarang berita mengenai permainan ini akan kami beritahukan pada anda dalam blog kami ini.

Sumber: Droid Life

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)