Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

Samsung Mengumumkan Telefon Pintar Baru Mereka, Galaxy Grand Dengan Skrin Bersaiz 5 Inci

1

Samsung telah mengeluarkan maklumat mengenai peranti terbaru mereka, Galaxy Grand. Telefon tersebut akan mempunyai pemproses 1.2GHz dual-core, skrin 5 inci dengan paparan resolusi 800 x 480, RAM 1GB, storan dalaman 8GB, slot kad microSD, bateri berkuasa 2,100 mAH, dan akan mempunyai sistem operasi Android 4.1.2 Jelly Bean.

Daripada senarai spesifikasi mereka berikan, ianya kelihatan seperti sebuah telefon pintar peringkat pertengahan, dan seakan sama bentuknya seperti Galaxy Note 2. Paparan skrin 5 inci tersebut mungkin akan disukai oleh sesetengah peminat telefon jenis phablet, dan akan dilengkapi juga dengan sebuah pen stylus. Didatangkan dalam dua versi, iaitu sokongan sebuah kad SIM dan dua kad SIM. Kami jangkakan telefon pintar ini akan dipasarkan kepada pengguna di beberapa bahagian Asia dan Eropah, dengan harga yang berpatutan.

2

Samsung juga memberitahu bahawa telefon pintar Galaxy Grand ini akan mempunyai kamera 8 megapiksel, dan ianya pasti akan mempunyai kualiti foto yang baik seperti Galaxy Note 2 LTE dan Galaxy S 3.

Harga dan tarikh pelancaran masih belum diumumkan oleh pihak Samsung lagi, tapi kami akan menghubungi pihak Samsung sendiri untuk mendapat butiran lanjut mengenai Galaxy Grand ini.

Sumber: Samsung

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)