Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

Tiga Lagi Peranti HTC Yang Disahkan Mendapat Pengiktirafan PlayStation

HTC PlayStation

Program PlayStation Mobile masih lagi berjalan seperti biasa, tapi ia seolah-olah hanya HTC (Selain dari Sony) adalah satu-satunya syarikat yang berminat untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut, dan hari ini, kita menyaksikan 3 lagi peranti dari HTC yang mendapat sokongan kepada PlayStation Mobile. Menurut dari Sumber, peranti HTC One X+, One S, dan One V akan disahkan mendapat pensijilan PlayStation.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan peranti HTC dengan PlayStation Mobile menjadi 6, iaitu One X, One XL, dan EVO 4G LTE. Setiap peranti yang mendapat pengesahan tersebut boleh memasuki stor PlayStation Mobile, yang mempunyai banyak tajuk permainan untuk Android.

Walaupun jumlah permainan yang berada didalam tidak banyak, tapi harus diingat, PlayStation Mobile baru sahaja berusia beberapa bulan. Jadi untuk beberapa bulan lagi di masa akan datang, kita mungkin akan melihat jumlah permainan PlayStation Mobile akan bertambah. Kami harapkan pihak Sony sedang berusaha untuk memajukan lagi program PlayStation Mobile mereka.

Jadi jika anda memilik salah satu peranti HTC yang disebut diatas, anda akan mendapat akses kepada PlayStation Mobile tidak lama lagi. Tapi mungkin tak semua tajuk permainan boleh dimainkan pada semua peranti tersebut, namun pihak Sony berjanji akan menjadikan semua permainan tersebut boleh disokong di masa hadapan.

Sumber: AndroidGuys

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)