Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

Aplikasi Seeder Dikatakan Boleh Mengurangkan Lag Pada Peranti Android Anda

Seeder

Sekiranya anda menggunakan peranti Android, anda pastinya pernah mengalami lag pada peranti anda. Jikalau anda kata anda tidak pernah, anda samada tidak pernah memiliki peranti Android langsung, ataupun anda mengalami delusi ketika ini. Sila bangun. Okeh. Seorang ahli XDA yang bernama lambgx02 telah membangunkan sebuah aplikasi yang dikatakan boleh mengurangkan lag pada peranti Android anda.

Pembangun memberitahu, 90% punca lag pada peranti Android adalah disebabkan oleh jumlah data entropi yang terhad dalam sistem. Jadi aplikasi ini ditugaskan untuk membasmi masalah lag yang dijumpai, kebiasaannya terhasil daripada aplikasi yang besar dan memakan memori yang banyak seperti Facebook, Chrome, Maps dan sebagainya.

Namun begitu, pihak XDA sendiri ada membuat blogpost, memberitahu bahawa aplikasi ini mungkin akan menurunkan jangka hayat bateri anda dan menganggu sekuriti peranti anda. Anda boleh ikuti diskusi tersebut dalam forum aplikasi berkenaan.

Jikalau anda tidak kisah dengan permalasahan tersebut dan mahu selesaikan segera masalah lag pada peranti anda yang teruk, anda boleh muat turun dari laman forum XDA, ataupun Google Play Store, yang mana ianya bukan percuma dan berharga $1.49. Kedua-dua versi adalah sama, cumanya di Google Play Store anda boleh kemaskini aplikasi ini dengan automatik, manakala di forum XDA anda terpaksa melakukan sendiri. Terpulang pada kesesuaian anda. Pembangun memberitahu bahawa aplikasi ini boleh dijalankan pada semua versi Android dan semua peranti Android. Tiada masalah. Tapi yang paling terpenting sekali adalah, anda perlu ROOT dahulu peranti anda sebelum anda menggunakannya.

Kami sendiri masih lagi belum mencubanya, namun jika anda telah pun menggunakan, sila tinggalkan komen anda mengenai aplikasi itu dalam dibawah.

Sumber: Forum XDA

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)
  • http://kartikel.com kartikel.com

    menarik juga