Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

Spekulasi: Harga Sony Xperia TX Dan Xperia V Di Malaysia Mungkin RM1,599

sony-xperia

Menurut sumber dari Lowyat.net, seorang pengguna dari laman forum tersebut telah berkongsi imej yang beliau ambil papan tanda harga dari sebuah kedai Sony di Kuala Lumpur, memberitahu harga peranti telefon pintar dari Sony iaitu Xperia TX dan Xperia V mungkin akan berharga RM1,599 apabila dilancarkan di Malaysia nanti.

xperia-tx-v-price

Agak terkejut kerana kedua-dua peranti tersebut mempunyai tag harga yang sama, walaupun peranti Xperia V dikatakan adalah telefon James Bond kerana peranti Xperia T tidak hadir ke Malaysia, dan jika dibuat perbandingan antara kedua-dua peranti tersebut, Xperia TX mempunyai kelebihan pada saiz skrin iaitu 4.55 inci, berbanding Xperia V yang 4.3 inci sahaja, storan dalaman Xperia TX juga lebih besar daripada Xperia V kerana TX – 16GB dan V – 8GB sahaja. Namun begitu, terdapat satu faktor pada Xperia V yang mungkin menjadikannya lebih baik dari Xperia TX, iaitu TX mempunyai sokongan rangkaian 4G, manakala Xperia V tiada 4G langsung. Anda tentukan sendiri mana satu fungsi yang anda rasa berbaloi atau tidak dalam kegunaan harian anda nanti.

Tapi kami harus ingatkan pada para pembaca kami bahawa harga ini masih belum rasmi di Malaysia. Sony Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya, malah jika dilihat pada laman web rasmi mereka pun nama kedua-dua model ini tiada. Jadi tolong jangan letakkan apa-apa harapan buat sementara waktu ini. Jika anda ingin kepastian, anda boleh pergi ke kedai Sony Malaysia di KLCC, kerana sumber gambar ini diperolehi disana.

Sebarang perkembangan lanjut yang kami terima akan kami laporkan dalam blog kami ini dan laman sosial kami.

Sumber: Lowyat.net

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)