Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

SONY lancar my Xperia, Laman Perkhidmatan Sekuriti Untuk Peranti Xperia.

myxperia
Sony pada penghujung bulan lepas mengumumkan pelancaran laman sekuriti untuk pemilik telefon Xperia mereka yang diberi nama my Xperia. Laman yang menawarkan perkhidmatan sekuriti untuk peranti Xperia mereka ini walaubagaimanapun masih diperingkat Beta yang permulaannya hanya ditawarkan kepada pemilik peranti-peranti Xperia dengan model tertentu sahaja.

Pemilik peranti Xperia yang dapat menggunakan perkhidmatan ini dikatakan pada mulanya memerlukan mereka menerima kemaskini aplikasi pada peranti mereka dari Sony yang dihantar melalui pusat kemaskini terlebih dahulu secara OTA yang membolehkan mereka mengaktifkan tetapan pada telefon mereka di Settings -> Xperia™ -> my Xperia. Seterusnya pengguna dikehendaki mendaftar di laman web my Xperia.

Melalui aplikasi yang disediakan oleh Sony ini, antara perkhidmatan yang disediakan adalah :

  • Mengesan lokasi telefon anda pada peta.
  • Menarik perhatian seseorang dengan mengeluarkan bunyi walau berada dalam profil senyap.
  • Mengunci telefon untuk melindungi info pengguna, memaparkan mesej pengguna dan cara boleh dihubungi.
  • Memadam memori dalaman atau tambahan jika diperlukan.

Buat setakat ini mereka telah menjalankan fasa pertama ujian di eropah selatan dan seterusnya akan di luaskan ke seluruh dunia pada suku kedua tahun ini. Peranti yang menyokong buat ketika ini adalah Xperia Acro S dan akan diperluaskan dari masa ke semasa.
my_xperia_1
Sumber : Blog Sony

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Mengasaskan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Berlatar belakang lulusan kejuruteraan elektronik dan berminat kepada Android seawal 2009 dengan peranti pertama ialah HTC Tattoo. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 > Slicepad D8 + Slicepad D7 + Samsung Galaxy Note 8.0 -> Sony Xperia Z Ultra + Sony Smartwatch 2.