Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

Tutorial : Kemaskini Telefon Android Samsung Secara Manual & Cara Dapatkan Akses ROOT (ODIN).

Tutorial
Amaran : Pihak kami tidak bertangungjawab terhadap telefon anda jika ianya mengalami masalah dan sebagainya akibat anda mengikuti langkah ini. Dengan mengikuti cara ini, dengan ini anda bersetuju menerima/mengambil risiko atas tindakan anda sendiri.

Di ingatkan juga dengan cara anda memperolehi akses ROOT, anda akan membatalkan waranti peranti anda. Harap maklum. 

Bagi pemilik telefon Samsung terdapat satu laman web yang mengemaskini segala firmware rasmi dari Samsung dari masa ke semasa. Laman web ini juga merupakan sumber informasi pemilik peranti Android Samsung bagi mengikuti kemaskini bagi telefon mereka. Di sinilah tempat untuk mengetahui kemaskini terbaru bagi sesuatu peranti Samsung telah tiba dimana-mana kawasan seluruh dunia. Laman web tersebut adalah Sammobile.com

Apabila sesuatu kemaskini diumumkan dan dilepaskan oleh Samsung secara rasmi untuk telefon mereka, biasanya laman web Sammobile akan menerima firmware ataupun senang dikenali sebagai software/perisian berkenaan. Laman web ini menyimpan banyak koleksi firmware ini sebagai rujukan untuk pengguna Samsung.

Untuk pengetahuan anda, firmware-firmware ini kebanyakannya adalah berlainan mengikut negara ataupun bahagian dunia. Malah jika Samsung melepaskan kemaskini mereka secara OTA (On The Air), pengguna-pengguna tidak akan menerimanya secara serentak walaupun ianya adalah versi yang sama.

Pihak Sammobile hanya menyediakan firmware ini. Namun terpulang pada pengguna untuk menggunakannya. Samada ianya digunakan oleh para pembangun ROM (custom) untuk di modifikasi ataupun untuk pengguna-pengguna biasa dengan cara mengemaskini dengan cara manual (flash) menggunakan satu aplikasi yang diberi nama ODIN. Namun ada risiko menggunakan cara ini. Yang penting anda pastikan anda memuat turun firmware yang betul untuk telefon Samsung anda. Cara ODIN ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan akses ROOT telefon Samsung anda.

Cara-cara kemaskini secara manual (flash ROM) menggunakan ODIN.

Sila baca dahulu dengan teliti dan teruskan untuk mengelakkan anda melakukan kesilapan.

1. Pastikan komputer anda telah mempunyai driver untuk telefon Samsung anda. Untuk lebih mudah, sila pasang aplikasi KIES yang boleh dimuat turun di laman Samsung apps. Setelah dimuat turun dan pasang pada komputer anda, sila pastikan ianya di tutup semula.

2. Pastikan data dalam telefon anda telah di backup terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah. Pastikan juga bateri telefon anda lebih dari 50%.

3. Muat turun aplikasi ODIN di forum XDA-Developers ataupun sila periksa dalam fail muat turun dari Sammobile kerana selalunya aplikasi berkenaan terdapat di dalamnya. Untuk perhatian, terdapat banyak versi ODIN dan anda mungkin akan menggunakan versi yang lebih baru yang mempunyai antaramuka yang berbeza dari yang saya tunjukkan di dalam gambar-gambar di bawah.

4. Sekarang anda perlu masukkan telefon anda ke mod Downloading. Terlebih dahulu sila matikan telefon anda. Hidupkan semula dengan cara tekan butang perlahankan bunyi, butang HOME dan butang Hidup (ON) secara serentak dan tunggu tanpa lepaskan butang-butang tersebut.

Untuk telefon Samsung yang lebih baru, anda akan melihat paparan dibawah ini dan anda dikehendaki menekan butang kuatkan bunyi untuk teruskan.
notice
Untuk sesetengah model telefon Samsung yang lebih lama, ianya akan terus memaparkan gambar di bawah. Jika telefon anda memaparkan gambar seperti ini, tiada apa yang anda perlu lakukan.

downold

5. Seterusnya anda perlu sambungkan telefon anda yang didalam mod Downloading tadi dengan aplikasi ODIN menggunakan kabel USB. Buka aplikasi ODIN dan sambungkan dengan telefon anda melalui kabel USB telefon anda. Sepatutnya aplikasi ODIN akan mengesan telefon anda dan akan memaparkan seperti gambar di bawah. Perhatikan pada ID:COM dan juga ruangan message = Added!.

1
6. Muat turun firmware untuk telefon Android Samsung anda di Sammobile dengan cara ke ruangan Firmware dengan klik tab Firmware. Pastikan anda tahu nombor model telefon anda dan anda muat turun firmware yang betul.
Contoh: Samsung Galaxy S3 = GT-I9300 ( Penting! Jangan tersalah memuat turun! )

7. Setelah anda ekstrak fail yang anda muat turun dari laman web Sammobile, terdapat beberapa fail mengikut keadaan. Selalunya yang wajib ada adalah satu fail berformat .md5 bersaiz agak besar contohnya seperti gambar di bawah.
Tarfile

8. Kita akan mula flash sekarang. Terlebih dahulu,anda perlu memastikan hanya ‘auto reboot’ saja di tandakan pada aplikasi ODIN.
autoreboot
Seterusnya klik pada butang PDA pada aplikasi ODIN berkenaan dan sila pilih fail yang anda muat turun dari laman web Sammobile tadi yang telah pun anda ekstrakkan terlebih dahulu ke dalam komputer anda.
2

9. Seterusnya anda dikehendaki tekan butang START (Rujuk nombor 1 pada gambar di bawah) dan biarkan aplikasi berkenaan berjalan sendirinya. Kadangkala akan berlaku sedikit sela masa (hang) pada komputer anda dan aplikasi ODIN akan memaparkan Not Responding. Anda jangan panik. Hanya biarkan ianya menyambung semula kerjanya dan dinasihatkan anda tidak melakukan kerja-kerja lain pada komputer anda ketika itu.

Sewaktu proses ini berjalan anda boleh perhatikan proses yang berlaku di kawasan berlabel nombor 2 pada gambar di bawah. Pada bahagian berlabel nombor 3 pula memaparkan status proses.
4

10. Anda akan berjaya mengemaskini telefon anda jika perkataan PASS! keluar pada ruangan status proses ( label nombor 3 tadi). Telefon anda akan secara automatik mati dan hidup semula (Reboot) selepas semuanya selesai.
5

Anda akan dapati telefon anda kini telah dikemaskini ke versi yang anda mahukan. Anda juga boleh periksa di ruang Setting->About Phone/About Device dan seterusnya periksa pada Android version, build number dan sebagainya.

Cara mendapatkan akses ROOT pada telefon Samsung. (CF-Root ODIN)

Pengenalan

Sebenarnya ada cara lain yang boleh diguna untuk ROOT telefon yang anda boleh cari di forum peranti anda gunakan di XDA-Developers selain cara ini iaitu dengan flash fail CF-Root dengan menggunakan aplikasi ODIN. Walaubagaimanapun berikut adalah cara untuk dapatkan akses ROOT dengan menggunakan ODIN. Untuk pengetahuan juga, kini Chainfire telah mengeluarkan aplikasi berbayar Mobile ODIN Pro untuk peranti Android untuk kerja-kerja melibatkan ODIN tanpa menggunakan komputer. ( Info : CF-Root adalah cara untuk ROOT telefon Android yang direka oleh Chainfire, seorang developer di forum XDA-Developer. Kredit untuk beliau).

1. Sila ikut langkah-langkah seperti di atas dari nombor 1 sehingga 5.

2. Seterusnya anda perlu dapatkan fail untuk ROOT telefon anda pula. Terdapat dua jenis fail dari Chainfire iaitu CF-Root dan CF-Auto-Root. Kedua-dua fail ini memberikan akses yang bebeza.

Beza kedua-dua fail tersebut :

CF -Root = Akses (ROOT) penuh peranti dengan custom kernel (CWM/TWRP). Akan memasang aplikasi SuperSU dan beberapa ciri advance lain.

CF-Auto-Root = Akses (ROOT) dengan Recovery asal Samsung.  Akan memasang aplikasi SuperSU pada telefon anda jadi aplikasi lain yang memerlukan akses ROOT boleh dibenarkan. Tidak lebih dari itu cuma ROOT sahaja.

Mengikut penjelasan di atas, saya menasihatkan kepada anda yang hanya inginkan peranti anda mempunyai akses ROOT sahaja untuk digunakan oleh aplikasi (cth : Titanium Backup), anda boleh gunakan fail CF-Auto-Root. Untuk fail ini anda boleh periksa dan muat turun di laman berikut yang disediakan oleh Chainfire.

CF-Auto-Root

CF-Root pula adalah untuk pengguna yang lebih advance seperti untuk memasang modifikasi seperti menggunakan custom ROM dan kernel. Untuk fail CF-Root, anda dikehendaki dapatkan fail CF-Root untuk telefon android anda di forum Xda-Developers mengikut model telefon anda.

3. Seterusnya, sama sahaja macam anda lakukan untuk flash ROM seperti di atas. Ekstrakkan fail CF-Root ataupun CF-Auto-Root tersebut contohnya di desktop komputer anda.

4. Ikut langkah-langkah nombor 8 sehingga 10. Bezanya pada langkah nombor 8, sila ambil fail CF-Root ataupun CF-Auto-Root yang anda ekstrak tadi pada ruangan PDA tersebut. Fail tersebut berformat .md5 seperti gambar dibawah.

cfautorootfile

Setelah anda lakukan langkah di atas, anda boleh memeriksa samada telefon anda sudah berjaya di ROOT atau tidak. Jika anda mendapati terdapat aplikasi SuperSU pada senarai aplikasi telefon anda bermakna ianya telah berjaya. Ataupun sila muat turun aplikasi Android terminal emulator di Google Play Store dan buka aplikasi berkenaan dan taip SU.

Rootsu

Jika anda ikut dengan betul langkah-langkah yang saya sediakan di atas, sepatutnya ianya akan berjaya. Langkah-langkah ini telah diuji untuk flash dan ROOT telefon-telefon Android Samsung Galaxy S3, samsung Galaxy SL dan Samsung Galaxy Note 2.

Sila tinggalkan komen anda di bawah untuk sebarang soalan dan sebagainya. Jangan lupa juga LIKE MalayAndroid.com di Facebook.

[dcwsb]
Mengasaskan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Berlatar belakang lulusan kejuruteraan elektronik dan berminat kepada Android seawal 2009 dengan peranti pertama ialah HTC Tattoo. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 > Slicepad D8 + Slicepad D7 + Samsung Galaxy Note 8.0 -> Sony Xperia Z Ultra + Sony Smartwatch 2.
  • muhamad badrul

    Galaxy ace plus boleh tak?

  • iman

    tapi saya nak tya…tiba2 hp s3 saya tak boleh on selepas dicaj kemudian saya cabut battry utk on hp smula tetapi malangnya hp tetap xblh on..adakah disebabkan virus kpda hp..

  • matyoe7

    Kenapa touch screen telefon sy jd ssh nk tekan bila nk typing.. bila nk taip kne tekan banyak kali utk 1 huruf / nombor baru jd.. screen mcm xalert.. ada x sape2 yg tau mslh ni ye n cr utk baiki.. model samsung galaxy grand quattro

  • Puan Coma

    kenapa hp tetiba hang kt logo samsung ble on? dia hang lama smpai la ba3 habis. klu nak charge hp plak dia kuar logo yg abis ba3 tpi xde naik turun charge pn. tetiba berlaku