Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

Masalah Keselamatan Pada Peranti Samsung Galaxy Note 2 Ditemui

samsung-galaxy-note-2-hardware-screen

Seorang pemilik bernama Terence Eden telah menemui masalah keselamatan pada peranti telefon pintar Samsung Galaxy Note 2. Video permasalahan tersebut telah dimuat naik ke YouTube dengan berharapan agar pihak Samsung dapat mengeluarkan pembetulan untuk memperbaiki bugs tersebut.

Masalah yang beliau maksudkan tersebut adalah apabila anda berada dalam keadaan lockscreen, anda tekan pada butang ‘emergency dialer’. Pada bahagian ‘emergency dialer’ nanti, anda tekan pula pada butang nombor panggilan ICE (in case of emergency), dan kemudian anda menekan pula pada butang home di peranti. Pada masa itulah anda akan perasan (ditunjukkan dalam video dibawah) ia akan masuk sebentar pada skrin halaman utama, sebelum ia kembali semula kepada bentuk lockscreen.

Jikalau anda memiliki Samsung Galaxy Note 2, kami mahu anda cuba lakukan perkara sama yang dilakukan oleh pemilik ini, adakah terdapat keluar halaman utama semasa anda melakukan itu?

Samsung Galaxy Note 2 yang ditunjukkan dalam video tersebut menjalankan Android versi 4.1.2, dimana kebanyakan peranti telefon pintar itu kini digunakan. Diharapkan agar pihak Samsung tahu mengenai video ini, dan segera menghantar pembetulan pada kesemua pemilik peranti telefon pintar itu sebelum terjadi kebocoran maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Droid Life

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Pengasas syarikat World Idea Network, seorang pengaturcara web, jurugambar, pereka grafik, blogger, dan ayah kepada dua cahaya mata. Peranti: HTC Hero (versi GSM), Apple iPhone 4S, Samsung Galaxy Tab 7.7 (P6800)