Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

HTC First (Myst), Telefon Facebook Mula Terdedah?.

HTCFirst
Ura-ura pengenalan kepada telefon Facebook yang dikatakan akan menggunakan antaramuka Facebook Android ubahsuai yang diwar-warkan akan diumumkan esok mula didedahkan satu persatu informasinya apabila @evleaks memaparkan gambar yang dikatakan merupakan telefon berkenaan.

Telefon berkenaan yang dikatakan akan menggunakan jenama HTC dipaparkan mempunyai tiga butang kapasitif dengan salah satu butang kapasitif mempunyai simbol bulat iaitu yang di tengah sekali antara butang berkenaan yang seakan-akan I Phone ( Diharap HTC tak kena saman pasal simbol bulat ni! ). Telefon berkenaan dikenali sebagai HTC First yang sebelum ini dikatakan turut juga dikenali dengan nama kod Myst.

Walauapapun ianya tidak dapat disahkan kesahihannya selagi ianya belum ditontonkan secara rasmi. Apa pula pendapat anda tentang gambar yang dikatakan telefon Facebook ini?. Anda rasa adakah ianya benar ataupun palsu?. Sila tinggalkan komen pada ruangan di bawah.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca:

[dcwsb]
Mengasaskan MalayAndroid.com pada tahun 2010. Berlatar belakang lulusan kejuruteraan elektronik dan berminat kepada Android seawal 2009 dengan peranti pertama ialah HTC Tattoo. Sejarah peranti : HTC Tattoo -> HTC Desire HD -> Samsung Galaxy S3 -> Samsung Galaxy Note 2 > Slicepad D8 + Slicepad D7 + Samsung Galaxy Note 8.0 -> Sony Xperia Z Ultra + Sony Smartwatch 2.