HTC Mengumumkan Model Desire 600 Yang Dilengkapi Dengan BoomSound Dan BlinkFeed

HTC Desire 600

HTC baru sahaja mengumumkan model telefon pintar baru mereka yang bernama Desire 600, ia dijangka akan memasuki pasaran Timur Tengah, Asia, Rusia dan Ukraine sebagai permulaan pada bulan Jun ini. Menurut sumber, HTC Desire 600 ini akan mempunyai fungsi BoomSound bagi audio, dua kad sim, dan BlinkFeed yang ada terdapat pada model HTC One mereka. Walaupun begitu, model ini tidak mendapat HTC Zoe.

Berikut adalah spesifikasi HTC Desire 600 tersebut:

  • Pemproses quadcore Qualcomm 1.2GHz Snapdragon 200
  • RAM 1GB
  • Paparan skrin 4.5-inci Super LCD2 qHD
  • Kamera pandang belakang 8 megapiksel
  • Kamera pandang hadapan 1.6 megapiksel
  • NFC, GPS, GLONASS (Rusia dan EU sahaja) dan AGPS
  • Storan dalam 8GB
  • Slot microSD
  • Bateri berkuasa 1,860 mAh

Jika diteliti pada semua spesifikasi yang diberikan, model telefon pintar ini adalah pada peringkat pertengahan. Jadi kita perlu nantikan sehingga model ini tiba pada bulan Jun nanti, diharapkan agar Malaysia juga turut tersenarai dalam negara yang akan menerima kemasukan Desire 600 ini.

Perbandingan Antara Gorilla Glass Dengan Sapphire

Gorilla Glass Sapphire

Rasanya ramai yang sudah almaklum dengan nama Gorilla Glass, kerana ia banyak digunakan oleh peranti keluaran Samsung ketika ini. Persoalannya sekarang, adakah Gorilla Glass benar-benar terbaik berbanding Sapphire keluaran Rayotek? Mari kita lihat video perbandingan dibawah ini.

Menurut pihak Corning, mereka tidak melihat teknologi Sapphire sebagai pesaing kuat, kerana dua faktor, iaitu ketahanan kaca Gorilla Glass yang lebih tahan lasak berbanding Sapphire, dan kos kaca Sapphire itu sendiri lebih mahal daripada produk mereka. Apa pun, ianya terpulang kepada anda pengguna untuk menilainya.

Sambung baca seterusnya →

Opera Untuk Android Telah Keluar Dari Versi Beta, Didemokan Di CTIA 2013

Opera browser

Kami pasti ramai pembaca kami yang masih setia menggunakan pelayar web Opera pada peranti Android mereka. Dan ada berita baik pada anda semua juga, kerana Opera di majlis CTIA 2013 telah memberitahu bahawa mereka telah mengeluarkan Opera dari versi Beta, bermaksud pelayar web itu kini telah memasuki fasa stabil kepada pengguna semua.

Antara pembaharuan dalam versi baru itu adalah, kelajuan membuka web akan bertambah pantas, dan penambahan tab Discover, yang membolehkan anda membaca newsfeed seperti dalam aplikasi Flipboard atau Blinkfeed pada HTC. Lain-lain ciri lagi adalah fungsi Speed Dial dan Bookmark akan disatukan dalam pelayar web Opera tersebut, dan ini akan memudahkan pengguna untuk melihat kesemua itu dalam satu tab sahaja.

Lihat video penerangan Opera di CTIA 2013 oleh Android Authority:

Sambung baca seterusnya →

LG Memperkenalkan Optimus GJ Di Taiwan, Akan Dikeluarkan Pada Bulan Jun Ini

LG Optimus GJ

Semua syarikat pembangun alat komunikasi kini sedang kerap memperkenalkan produk mereka yang kalis air. Sony dengan Xperia Z nya, Samsung pula dengan Galaxy S4 Active. Jadi tidak hairanlah jika LG juga mahu memperkenalkan produk baru mereka yang boleh kalis air, memperkenalkan Optimus GJ.

Walaupun kami tidak kesana untuk menghadiri majlis pelancaran mereka, namun rata-rata blog teknologi menyatakan model tersebut tidak banyak bezanya dengan Optimus G mereka yang sebelum ini. Yang berbeza hanyalah model ini mempunyai kelulusan IPX7. Kod yang membawa maksud bahawa produk tersebut mampu selam dalam air, namun tidak boleh terlalu dalam, mesti kurang dari satu meter sahaja.

Berikut adalah spesifikasi Optimus GJ:

Sambung baca seterusnya →

Twitter Memperkenalkan Sistem Dwi-Pengesahan Untuk Pengguna

twitter-login-verification

Sebagai langkah untuk memperketatkan kawalan sekuriti pada pengguna, Twitter mengumumkan bahawa sistem dwi-pengesahan mereka telah dibuka kepada umum. Sistem dwi-pengesahan mampu mengelakkan akaun pengguna dari dicuri oleh pengguna lain, atau lain maksudnya, hacked.

Jikalau pengguna telah menetapkan sistem dwi-pengesahan ini (yang mana anda boleh hidupkan pada ruang setting anda dalam Twitter.com), setiap kali anda ingin login pada akaun Twitter anda, mesej berbentuk sms akan dihantar, dan kod pada sms tersebut anda akan masukkan pada ruang kod yang disediakan oleh Twitter. Ia mungkin agak mengelirukan bagi kebanyakan orang, namun jikalau anda ingin pastikan 100% akaun anda selamat, pilih cara dwi-pengesahan ini. Dengan syarat, pastikan nombor telefon yang anda daftarkan itu sentiasa bersama anda.

Lihat video penerangan oleh Twitter sendiri dibawah.

Sambung baca seterusnya →