All posts in Android

ASUS Lepaskan Kemaskini Jelly Bean 4.2 Kepada Transformer Pad Infinty TF700.

TF700
ASUS Malaysia mengumumkan kemaskini Jelly Bean 4.2 kepada Tablet 2 dalam 1 mereka iaitu model Transformer Pad Infinity TF700 bermula semalam (3 April). Kemaskini ini memberikan peningkatan kepada stabiliti selain memberikan penggunaan berbilang pengguna dengan kebolehan membuka berbilang akaun sehingga 4 pengguna. Selain daripada itu kemaskini ini juga memberikan pengguna pengalaman yang dipertingkatkan.

Berikut merupakan beberapa ciri-ciri dari kemaskini ini :-

- Pengguna berbilang sehingga 4 akaun.
- Screen Saver ASUS DayDream

Aplikasi baru :
- ParentalLock
- NewCamera AP

Fungsi baru :
- Gambar latar Lockscreen

Peningkatan:
- Antaramuka baru untuk ASUS IME.
- Set tetapan Ethernet sebagai ON.

Kemaskini dilepaskan secara berperingkat. Sila cuba di lain masa jika tablet anda tidak berjaya dikemaskini berikutan kemungkinan pelayan mereka amat sibuk dan dikatakan pelayan berkenaan juga mempunyai kapasiti maksimum.

Kamera Socialmatic Akan Menjalankan Sistem Operasi Android

Polaroid Socialmatic

Masih ingat lagi mengenai projek kamera Socialmatic ini yang membolehkan pengguna menghantar foto ke Instagram, dan print terus foto Instagram anda melalui peranti kamera ini? Info terbaru kami terima memberitahu bahawa peranti ini akan menjalankan sistem operasi Android nanti.

Mengambil daripada populariti aplikasi Instagram, rekabentuk kamera ini diambil daripada logo Instagram sendiri. Spesifikasi peranti Socialmatic ini akan mempunyai storan dalaman sebesar 16GB, slot tambahan kad SD padanya, dan mempunyai capaian Wi-fi dan 3G untuk pengguna terus memuat naik foto diambil ke aplikasi Instagram.

Kamera ini nanti akan dibangunkan oleh pihak Polaroid, sebuah syarikat yang telah berpengalaman dalam menghasilkan kamera sejak tahun 1937. Kami sendiri tidak pasti samada kamera ini nanti mempunyai kemampuan selain memuat naik foto ke Instagram, tapi memandangkan ianya akan menggunakan Android, kami rasakan kamera ini akan berfungsi sama seperti Samsung Galaxy Camera boleh lakukan.

Sambung baca seterusnya →

Google Telah Mendaftar Paten Antaramuka Baru Untuk Penggunaan Peranti Tablet

google-patent-adaptable-ui

Dengan pelbagai isu kes saman paten dari syarikat Patent troll yang berlaku secara berleluasa, pihak Google telah mengambil inisiatif untuk mendaftar salah satu penggunaan pada peranti tablet mereka untuk perancangan antaramuka baru Android di masa hadapan.

Walaupun begitu, tidak semua yang dipatenkan syarikat akan digunakan oleh mereka. Jadi kami tidak boleh pastikan samada mereka akan menggunakan paten ini dimasa hadapan atau tidak. Tapi apa yang pastinya, paten ini menunjukkan pengguna tablet boleh mengawal apa yang ada di skrin mereka, dengan menggunakan satu tangan sahaja.

Lihat pada lukisan paten yang telah dihantar oleh mereka dibawah ini.

Google Patent

Google telah menghantar lukisan cadangan ini ke bahagian paten pada tahun 2011 yang lepas, segala butang forward, backward dan refresh semuanya terletak dekat dengan kedudukan ibu jari anda, memudahkan untuk anda melayari laman web dengan mudah, menggunakan sebuah tangan sahaja.

Sambung baca seterusnya →

Kemaskini Android 4.2.1 Untuk Samsung Galaxy S 3 Telah Terlepas, Dikatakan Akan Hadir Selepas Majlis Pelancaran Galaxy S 4

White-Samsung-GALAXY-S3

Menurut sumber berita dari Sam Mobile, pengguna Samsung Galaxy S 3 akan menerima kemaskini terbaru Android 4.2 dalam masa sebulan lagi. Namun begitu, pihak Samsung ada mengeluarkan juga kemaskini pra binaan ROM Android 4.2.1 yang boleh digunakan oleh semua pengguna.

Oleh kerana ianya masih dalam peringkat pra-binaan, kami menjangkakan ianya pasti akan mempunyai beberapa bug kecil dalam ROM tersebut. Jikalau anda berminat untuk menjadi pengguna yang terawal mendapatkan kemaskini Android ini, anda boleh muat turunnya dari laman web Sam Mobile disini.

Seperkara yang anda harus tahu, pakej kemaskini terbaru ini tidak mempunyai firmware modem, namun begitu modem anda yang ada pada peranti sebelum ini masih lagi boleh digunakan. Berikut adalah senarai kemaskini terbaru tersebut.

  • Efek Ripple pada lockscreen telah ditambahbaik
  • Lockscreen dengan widget
  • Daydream (Settings > Display)
  • Tambahan baru pada fungsi pemberitahuan
  • Pemberitahuan kini mempunyai banyak fungsi baru
  • Arahan suara (membolehkan anda mengawal beberapa fungsi telefon anda dengan arahan suara)

Satu perkara yang dibangkitkan oleh blog Android Authority memberitahu bahawa didalam kemaskini Android 4.2.1 ini, pihak Sam Mobile tidak menyatakan tentang Photo Sphere? Adakah Samsung telah menggantikannya dengan Samsung Orb? Aplikasi dengan fungsi yang sama cumanya nama yang berbeza. Kami masih lagi tertanya lagi mengenai perkara ini.

Sambung baca seterusnya →

ASUS Malaysia Umum Kemaskini Jelly Bean 4.1 Untuk Padfone.

image

ASUS Malaysia melalui saluran media rasminya hari ini mengumumkan secara rasmi kemaskini Jelly Bean untuk model Padfone pertama mereka. Model Padfone pertama mereka ataupun yang dikenali dengan nombor model A66 dikatakan akan menerima kemaskini berkenaan bila-bila masa bermula ketika ini berikutan ianya telah mula dilepaskan untuk pengguna Asia dimulai dengan pengguna Taiwan. Kemaskini ini akan dilepaskan secara berperingkat dan dijangka akan sempurna pada tamatnya suku pertama tahun ini.

Model Padfone A66 yang pertama ini merupakan versi pertama sebelum pelancaran Padfone 2 yang baru diperkenalkan baru-baru ini. Perbezaan ketara yang boleh didapati dari model yang terdahulu ini dengan yang baru adalah kedudukan padfone sewaktu dimasukkan ke dalam padfone station adalah melintang selain ianya turut didatangkan dengan papan kekunci yang melengkapkannya menjadi seakan-akan komputer riba.